Harian Metro

Suai padan ikut selera

- Nurul Husna Mahmud n urul_husn a@hmetro.com.my

The Filling Station sedia pelbagai sajian tradisiona­l selagi

boleh ‘isi mangkuk anda’

Pernahkah anda dapat peluang menyesuai padan pilihan menu ketika membuat pesanan di restoran?

Itu pengalaman ditawarkan kepada pengunjung restoran The Filling Station di Desa

Sri Hartamas apabila mereka bebas memilih sajian mahupun ramuan sampingan pada hidangan.

Restoran menawarkan pelbagai pilihan menu daripada sajian tradisiona­l utara tanah air sehinggala­h sajian lebih sihat seperti salad boleh diisi sendiri mengikut cita rasa pelanggan.

Idea menarik itu dicetuskan pengasasny­a, Nur Mahidza Mohd Zain melihat konsep terbabit ‘segar’ terutama apabila

The Filling Station iaitu premis makanan di dalam stesen minyak menyajikan makanan berkualiti masakan rumah.

“Kami mahu tampilkan idea unik apabila restoran ini tidak menyajikan menu tipikal yang boleh didapati di stesen minyak, sebaliknya memberi peluang kepada pengunjung stesen menikmati pilihan hidangan enak dan sihat.

“Lihat saja menu daging kerutuk tampil dengan set lengkap seperti tempe dan terung berlada boleh dipadankan bersama lima pilihan, antaranya nasi kuning atau lebih popular dipanggil ‘nasi ganja’, nasi lemak, pulut, bihun atau mi goreng mahupun quinoa berdasarka­n konsep ‘mix & match’ atau slogan restoran kami iaitu ‘Fill Up Your Bowl’ (isi mangkuk anda).

“Menarik mengenai kerutuk daging ialah ia resipi keluarga dan sentuhan peribadi kerana saya anak jati Kangar, Perlis, mahu warga kota merasai sendiri cita rasa mahupun hidangan tradisiona­l sering nikmati ketika kecil sehinggala­h sekarang.

“Selain hidangan Melayu, kami mempunyai pilihan pasta serta hidangan

Barat turut mempunyai aturan menarik cara memesannya.

“Sebagai contoh bermula dengan pilihan jenis pasta, kemudian kepada sosnya dan protein dan diakhiri dengan sayur. Begitu juga dengan sajian sihat seperti salad, mereka boleh memilih ramuan sesuai dengan diet.

“Tidak lupa menu ‘signature’, burger udang dan udang panggang antara hidangan terbaik kami tawarkan menerusi rasa ‘manis’ udang berkualiti premium,” katanya.

Merujuk pada idea tercetus, Mahidza berkata, dia cenderung pada makanan dan kesihatan membuatkan konsep ‘mix & match’ menu apabila tidak banyak restoran mampu memenuhi selera dan permintaan pelanggan.

“Saya teliti mengenai makanan diambil sendiri mahupun keluarga. Justeru saya menawarkan ramuan segar untuk menghasilk­an hidangan terbaik di The Filling Station.

“Restoran di dalam stesen minyak ini semestinya menjadi tumpuan pelbagai pelanggan dan tidak kurang juga keluarga untuk berhenti rehat mahupun mengisi perut. Ini antara usaha saya menawarkan servis makanan dan minuman menyediaka­n hidangan sesuai dengan cita rasa mahupun permintaan mereka.

“Ada pelanggan tidak boleh sembaranga­n makan disebabkan alergi tertentu, jadi mungkin konsep ini dapat membantu mereka mendapat hidangan bersesuaia­n dengan keperluan dan selera mereka,” katanya.

Tidak cukup dengan makanan, visual pilihan minuman terdapat di

The Filling Station sudah memadai menggoda pandangan pengunjung mencuba hidanganny­a.

 ??  ?? MAHIDZA bersama hidangan The Filling Station. 1. HIDANGAN, nasi kuning bersama daging kerutuk dan ayam merah.
2. UDANG panggang antara menu popular.
3. SPAGETI Bologna dan ayam.
4. PATTI udang enak menerusi burger udang
The Filling Station Hartamas.
5. SALAD Bowl beri peluang pilih sendiri sajian sayursayur­an.
6. QUINOA sebagai pengganti nasi atau sebarang karbohidra­tw berat.
7. MINUMAN di The Filling Station.
MAHIDZA bersama hidangan The Filling Station. 1. HIDANGAN, nasi kuning bersama daging kerutuk dan ayam merah. 2. UDANG panggang antara menu popular. 3. SPAGETI Bologna dan ayam. 4. PATTI udang enak menerusi burger udang The Filling Station Hartamas. 5. SALAD Bowl beri peluang pilih sendiri sajian sayursayur­an. 6. QUINOA sebagai pengganti nasi atau sebarang karbohidra­tw berat. 7. MINUMAN di The Filling Station.
 ??  ?? Konsep: ‘Fill Up Your Bowl’ iaitu suai padan menu mahupun ramuan sampingan dalam pinggan Tarikan: Nasi daging hitam, burger udang dan pasta
Lokasi: Lot 48651, Jalan Sri Hartamas 22, Kuala Lumpur
(di dalam stesen minyak)
Waktu operasi: 7 pagi hingga 11 malam Laman sosial: Facebook & Instagram - The Filling Station Hartamas
Konsep: ‘Fill Up Your Bowl’ iaitu suai padan menu mahupun ramuan sampingan dalam pinggan Tarikan: Nasi daging hitam, burger udang dan pasta Lokasi: Lot 48651, Jalan Sri Hartamas 22, Kuala Lumpur (di dalam stesen minyak) Waktu operasi: 7 pagi hingga 11 malam Laman sosial: Facebook & Instagram - The Filling Station Hartamas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia