Harian Metro

BMW M5 Serba Baru

- Mohd Razlan Salleh mrazlan @hmetro.com.my

Generasi ketujuh lebih elegan dan luas

BMW Group Malaysia memperkena­lkan model serba baru BMW 5

Series generasi ketujuh yang menjanjika­n kualiti pemanduan dan meneruskan kejayaan luar biasa sebagai sedan bisnes premium paling berjaya di dunia.

Pelancaran sedan sports eksekutif paling progresif itu secara tidak langsung turut menetapkan penanda aras baru dalam segmen automotif premium di negara ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, sejak diperkenal­kan pada 1972, BMW 5 Series mencipta satu legasi dalam segmen automotif premium.

“Model ini menawarkan prestasi tiada tandingan, elegan dan menggabung­kan kejurutera­an termaju. Ia juga sudah memenangi anugerah berprestij antaranya iF Gold Award 2017 selain menjadi salah satu finalis anugerah World Luxury Car of the Year Award 2017,” katanya.

Hadir sama Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia Sashi Ambi.

Beliau berkata, dengan dinamik pemanduan yang dipertingk­atkan, rangkaian sistem bantuan dan sistem operasi inovatif baru,

BMW 5 Series adalah sedan eksekutif premium paling inovatif setakat ini.

Model itu memiliki dimensi terbaik dalam kelasnya yang menjanjika­n keselesaan dan ruang lebih luas untuk semua penumpang manakala but kargo lebih besar mencecah 530 liter.

Dalam pada itu,

BMW 530i M Sport turut menawarkan reka bentuk lebih segar apabila gril dan lampu utama LED digabungka­n bersama. Rekaan garis bumbung rendah di bahagian belakang menyerlahk­an penampilan seperti sebuah coupe.

Model berprestij ini dilengkapi rim aloi ringan bersaiz 19 inci dengan rekaan dua jejari bersama gabungan tayar, brek M Sport dan angkup dicat biru dengan huruf ‘M’.

Jentera sport ini dijana enjin teknologi BMW TwinPower Turbo yang hadir bersama pengecas turbo Twin Scroll,

Sistem Pancitan Terus Berketepat­an Tinggi, sistem kawalan injap boleh ubah sepenuhnya atau Valvetroni­c dan pemasaan aci engkol boleh ubah.

Enjin petrol empat silinder sebaris generasi terkini bersesaran 2.0 liter ini dipadankan dengan kotak gear lapan kelajuan Steptronic Sport. BMW 530i M Sport menawarkan kuasa maksimum 252hp dan tork sehingga 350Nm manakala pecutan dari pegun ke 100km/j mengambil masa 6.2 saat sementara kelajuan maksimum mencecah 250km/j.

BMW 530i M Sport serba baru dijual pada harga RM398,800 (tidak termasuk insurans) dan jaminan perbatuan tanpa had selama lima tahun.

 ??  ??
 ??  ?? SASHI (kiri) dan Han bersama BMW 5 Series
M Sport.
SASHI (kiri) dan Han bersama BMW 5 Series M Sport.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia