Harian Metro

Triton tampil maskulin

- Mohd Razlan Salleh mrazlan @hmetro.com.my

Miliki ciri lebih premium termasuk tahap keselamata­n

Pasaran kenderaan pikap kembali rancak apabila Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd melancarka­n dua model versi peningkata­n

VGT Adventure X dan

VGT Adventure yang menawarkan waranti selama lima tahun atau 200,000 kilometer.

Varian terbaru itu dijana enjin Mivec 2.4 turbo diesel DI-D Common Rail dan Geometri Turbo Bolehubah (VGT) yang menghambur­kan kuasa sehingga 181PS manakala tork setinggi 430Nm.

Antara pembaharua­n dilakukan termasukla­h rekaan jeriji radiator hadapan lebih menyerlah dan sporty. Bagi model varian VGT, perumah lampu hadapan diisi dengan lampu HID yang diintegras­ikan bersama DRL.

Ruang dalaman masih menawarkan ciri kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan susun atur papan pemuka yang kemas. Stereng juga dilengkapk­an kawalan audio, cruise, bluetooth dan paparan meter baru.

Malah, bagi varian VGT, kerusi pemandu boleh dilaras pada lapan posisi berbeza secara automatik.

Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd, Tomoyuki

Shinnishi berkata, varian terbaru itu mempunyai ciri lebih premium selain elemen keselamata­n ditambah baik dengan tujuh beg udara SRS selain menerima penarafan lima bintang dalam ujian perlanggar­an Program Penilaian Kereta Baru Asia Tenggara (NCAP ASEAN).

“Kami menjangkak­an peningkata­n perkongsia­n pasaran mencapai 15 peratus pada 2017 daripada 13 peratus dicatatkan tahun lalu.

“Antara ciri ditambah baik termasuk sistem Kawalan Tarikan dan Kestabilan Aktif (ASTC) bagi memastikan kenderaan dalam keadaan terkawal apabila melalui permukaan jalan licin dan lasak,” katanya.

Diimport sepenuhnya dari Thailand, enam varian ditawarkan dan harga jualan asas bermula daripada RM77,390 bagi Quest MT hingga RM130,900 untuk Adventure X AT.

 ??  ?? MODEL bergaya bersama Mitsubishi Triton versi ditingkatk­an. PANDANGAN sisi Mitsubishi Triton yang lasak. RUANG kargo bertudung penuh.
MODEL bergaya bersama Mitsubishi Triton versi ditingkatk­an. PANDANGAN sisi Mitsubishi Triton yang lasak. RUANG kargo bertudung penuh.
 ?? FOTO: ?? STERENG pintar pelbagai fungsi. BUTANG penghidup enjin. RIM dua tona. TRANSMISI automatik lima kelajuan.
SISTEM multimedia
terkini.
FOTO: STERENG pintar pelbagai fungsi. BUTANG penghidup enjin. RIM dua tona. TRANSMISI automatik lima kelajuan. SISTEM multimedia terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia