Harian Metro

Kriss MR2 bergaya

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Tawar ciri terkini pada harga berpatutan

Pengenalan Modenas Kriss MR1 pada 2011 menawarkan jentera dua roda pada harga mampu milik bagi memberi peluang kepada golongan sederhana memiliki motosikal.

Sudah terjual lebih 150,000 unit, ia mendapat sambutan menggalakk­an daripada pembeli tempatan yang menggunaka­n motosikal sebagai kegunaan harian.

Kini setelah enam tahun, Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), anak syarikat DRB-Hicom Berhad melancarka­n model 110cc Kriss MR2 yang lebih bergaya.

Rekaan lebih agresif dan sporty sesuai untuk pilihan golongan muda dengan model empat lejang itu mampu menjana kuasa 6.2kw serta tork maksimum 8.2Nm dan jarak roda pendek 1,240mm memudahkan ia mencelah bagi melepasi kesesakan jalan raya.

Antara ciri lain ialah reka bentuk panel meter yang kompak untuk lebih jelas, rim aloi 17 inci menarik, brek hadapan bercakera, ruang barang di bawah tempat duduk 6.6 liter dan penyerap hentak belakang dwi tekanan untuk menyerap bebanan dengan baik.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Amirudin

Abd Kadir berkata, enjin yang menepati piawaian emisi Euro3 ini juga mempunyai tangki bahan api berkapasit­i 4.5 liter yang mampu bergerak sejauh 200 kilometer.

“MR2 sebuah motosikal yang mempunyai gaya, jimat bahan api dan harga mampu milik memberikan nilai wang anda dalam menjalani kehidupan terutama ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang,” katanya pada majlis pelancaran, baru-baru ini.

Berkesempa­tan menunggang uji model ini ketika majlis pelancaran­nya baru-baru ini, sistem suspensi hadapan dengan fork teleskopik dan lengan ayun di belakang selesa ketika melintasi bonggol atau jalan tidak rata, selain stabil melayan selekoh.

Brek hadapan bercakera dan gelendong di belakang cukup responsif ketika membrek secara kecemasan antara ciri keselamata­n yang terdapat pada model MR2 ini.

Didatangka­n dengan tiga pilihan warna kombinasi putih dengan merah, biru dan kuning, ia dijual pada harga asas RM3,890 seunit dengan dua tahun waranti atau 20,000 kilometer yang mana lebih dahulu.

Turut hadir, Ketua

Pegawai Operasi Pengedaran Automotif, Pembuatan dan Kejurutera­an DRBHicom, Datuk Abdul Harith Abdullah.

 ??  ?? MODENAS Kriss MR2 lebih agresif dan sporty.
MODENAS Kriss MR2 lebih agresif dan sporty.
 ??  ?? DIKUASAKAN
enjin 110cc generasi baru.
DIKUASAKAN enjin 110cc generasi baru.
 ??  ?? BREK hadapan
bercakera.
BREK hadapan bercakera.
 ??  ?? LAMPU hadapan jelas dan bergaya.
LAMPU hadapan jelas dan bergaya.
 ??  ?? RUANG simpanan di bawah tempat duduk.
RUANG simpanan di bawah tempat duduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia