Harian Metro

Najis berdarah gejala kanser usus

-

Antara kanser yang amat dikenali di Malaysia ialah kanser usus. Ia antara kanser utama yang dihidapi penduduk Malaysia terutama lelaki dan juga kaum Cina.

Ia juga penyumbang kematian utama akibat kanser di negara ini.

Usus manusia membabitka­n kawasan yang merangkumi usus kecil bermula dari pangkal yang bersambung dari perut, menjadi usus besar hinggalah ke lubang dubur.

Kanser boleh tercetus di mana-mana sepanjang saluran itu.

Keturunan bukan faktor utama berlakunya kanser usus. Faktor penyumbang kepada kanser usus termasuk peningkata­n usia, pengambila­n makanan yang tinggi dengan lemak, daging merah yang diproses, minuman keras, merokok dan juga kegemukan.

Golongan lelaki lebih berisiko menghidap kanser usus berbanding wanita. Simptom bagi kanser usus bergantung pada lokasi di mana kanser itu terbentuk.

Ada pesakit mengalami simptom susah membuang najis. Ada pula keadaan di mana sukar membuang air berselang-seli dengan cirit-birit yang berlaku berulang kali serta berpanjang­an.

Muntah, hilang selera makan, susut berat badan secara mendadak boleh berlaku. Ada kalanya najis pesakit bercampur dengan darah.

Jika simptom ini berlaku, pesakit hendaklah segera berjumpa doktor. Pemeriksaa­n klinikal boleh membantu mengenal pasti sama ada seseorang itu disyaki menghidap kanser usus atau tidak.

Untuk pengesahan, pemeriksaa­n menggunaka­n imbasan tomograf berbantuka­n komputer (CAT scan) perlu dijalankan bagi mengenal pasti bahagian usus yang terbabit dengan kanser, sama ada kanser itu sudah merebak juga dapat memberi gambaran pilihan rawatan kepada pesakit.

Ujian darah juga perlu dilakukan untuk melihat keadaan fizikal pesakit. Pilihan rawatan bergantung pada ujian imbasan dan keadaan fizikal pesakit.

Pilihan sama ada pembedahan, kemoterapi atau radioterap­i perlu dibincangk­an antara pesakit juga keluarga supaya semua risiko dipertimba­ngkan.

Perlu diingat, jika pembedahan tidak dilakukan, kadar kebarangka­lian kematian juga adalah tinggi. Mereka yang mempunyai risiko, disaran menjalanka­n ujian darah berkala. Ada ujian darah yang dapat mengenal pasti kanser usus tahap awal.

Apa yang penting ialah penjagaan kesihatan seperti menjaga berat badan, tidak merokok serta tidak mengambil minuman keras.

Selain itu minum air kosong sekurangku­rangnya lima gelas sehari dapat mengurangk­an risiko menghidapi kanser usus.

 ??  ?? MINUM sekurang-kurangnya lima gelas air kosong sehari untuk kurang risiko kanser usus.
MINUM sekurang-kurangnya lima gelas air kosong sehari untuk kurang risiko kanser usus.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia