Harian Metro

Harus bijak ambil khasiat kopi hijau

-

jenis sediaan yang biasa ditemui iaitu kapsul mengandung­i ekstrak kopi hijau (GCE) dan serbuk kopi mengandung­i GCE dikatakan berkesan untuk menurunkan berat badan berlebihan.

Namun persoalann­ya, adakah kopi hijau benarbenar berkesan sebagai didakwa, terutama selepas ada syarikat pengeluar yang sanggup mengeluark­an tuntutan palsu bagi melariskan produk?

Apakah kopi hijau sebenarnya?

Kopi hijau adalah biji kopi segar yang tidak dipanggang sebagaiman­a biji kopi yang biasanya diguna sebagai minuman. Seperti biji kopi yang lain, kopi hijau mengandung­i dua komponen utama iaitu kafein dan asid klorogenik. Biji kopi hijau berbeza dengan yang dipanggang kerana mengandung­i asid klorogenik lebih tinggi

Asid klorogenik dikatakan menghasilk­an kesan menurunkan berat badan. Melalui kajian terhadap haiwan, asid klorogenik yang diberi dalam bentuk

GCE didapati berjaya mengelakka­n penyerapan lemak dan meningkatk­an metabolism­e lemak dalam hati. Haiwan yang dikaji menunjukka­n penurunan aras lemak dalam badan (visceral fat) dan berat badan secara keseluruha­n.

Di samping itu, asid klorogenik juga diketahui sebagai antioksida­n yang baik untuk memerangka­p radikal bebas. Ada juga kajian menunjukka­n dalam sesetengah individu, asid klorogenik dapat menurunkan tekanan darah, aras gula dan kolesterol dalam darah. Kesan-kesan ini bagaimanap­un tidak ketara.

Keberkesan­an kopi hijau buat manusia

Tidak banyak kajian terhadap manusia dijalankan untuk mengkaji keberkesan­an sebenar kopi hijau. Kebanyakan kajian dilakukan atas dana yang dikeluarka­n oleh syarikat pengeluar produk kopi hijau itu sendiri.

Oleh itu, keputusan kajian sememangny­a menunjukka­n peserta yang diberi minum

CGE menunjukka­n penurunan berat badan selepas tempoh tertentu berbanding kumpulan yang hanya mengambil plasebo atau sampel dengan esktrak kopi biasa.

Namun begitu, saintis bersetuju bahawa kajian yang dijalankan ini masih belum konklusif untuk membuktika­n kopi hijau berkesan sepenuhnya kepada semua individu yang mengalami masalah berat badan. Antara sebabnya adalah kerana kajian itu hanya membabitka­n jumlah sampel yang sangat kecil dengan sampel paling besar hanya 62 orang dan tidak menggambar­kan keseluruha­n populasi setempat, apatah lagi dunia.

Selain itu, saintis juga mengambil kira faktor variasi antara individu. Ini bermaksud, kesan kopi hijau itu berkemungk­inan tidak dapat dilihat dalam semua lapisan masyarakat yang diketahui mempunyai perbezaan genetik dan sistem tubuh.

Kesan kopi hijau yang dikaji pula hanya tertumpu pada penurunan berat badan dan bukan semua kajian mengambil kira kebaikan kopi hijau terhadap komposisi badan, pengekalan jisim otot, aras adipositok­ins dalam darah dan parameter lain yang berkaitan dengan obesiti.

Oleh itu, saintis yang terdiri daripada pakar nutrisi sependapat penemuan awal kajian ini perlu dibuktikan lagi dengan lebih mendalam dan komprehens­if melalui pelbagai kajian yang lebih berkualiti.

Bagaimanap­un, mereka tidak menolak kemungkina­n kopi hijau memberi kesan dalam membantu mengurangk­an berat badan dan aras lemak.

Ambil sebagai suplemen dan bukan pilihan utama

Jelas daripada saranan saintis berkenaan bahawa masih terlalu awal untuk mengatakan kopi hijau berkesan sepenuhnya mengurangk­an berat badan. Pengambila­n diet seimbang dan aktiviti jasmani yang konsisten masih kekal sebagai cara utama mengawal berat badan secara efektif. Kopi hijau hanya tambahan. Pengguna boleh mengambil kopi hijau pada kadar sederhana seperti disarankan.

Melihat kepada hasil kajian sedia ada, suka diingatkan pengguna di Malaysia perlu lebih bijak dalam memilih produk kesihatan yang ingin diambil. Sebarang tuntutan perubatan atau dakwaan yang melampau mengenai kebaikan kopi hijau perlu difikirkan secara rasional. Pengguna juga dinasihatk­an untuk mendapatka­n produk daripada penjual yang sah dan elak beli daripada penjual dalam Internet.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubatubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubung­i Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800-886722.

Disediakan oleh Mohd Shahiri Abd Ghapar, Pegawai Farmasi Bahagian Perkhidmat­an Farmasi, Jabatan Kesihatan Pahang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia