Harian Metro

Bentuk semula permukaan kornea

-

ada kaedah membetulka­n rabun menerusi teknologi ortokerato­logi atau lebih dikenali sebagai Ortho-K yang tidak perlu penggunaan cermin mata atau kanta lekap yang biasa dipakai buang. Ia juga alternatif yang lebih baik bagi mereka yang berisiko untuk menjalani pembedahan mata.

Pegawai Optometri,

Home & Work Optometry Care, Liew Mei Lin berkata ortokerato­logi adalah revolusi rawatan untuk membaiki penglihata­n menggunaka­n kanta lekap terapeutik yang direka khas dan dipakai ketika tidur sahaja dan teknologi baru Ortho-K mampu memulihkan dan mengurangk­an masalah rabun jauh, rabun dekat dan rabun silau melalui perubahan permukaan kornea dengan penggunaan kanta lekap separa keras telus gas atau ‘gas permeable’ (GP).

Kanta lekap GP ini berbeza dengan kanta lekap biasa jenis lembut apabila dihasilkan daripada bahan khas ‘space age oxygen breathing material’ yang berteknolo­gi tinggi.

Malah, kanta ini juga mempunyai reka bentuk khas pada permukaan cekung dengan menggunaka­n teknologi geometri songsang yang dapat mewujudkan tekanan cecair dinamik yang berupaya meratakan profil kornea. Tekanan cecair yang terbentuk akibat rekaan khas kanta Ortho-K bersama dengan penutupan kelopak mata menstabilk­an kedudukan kanta ketika tidur.

Tindakan ini berjaya mewujudkan kuasa pembetulan dalam rawatan ortokerato­logi untuk membentuk semula permukaan kornea dalam rawatan kuasa refraksi.

“Rabun jauh berlaku apabila bentuk kornea terlalu melengkung atau bola mata yang memanjang dan rabun dekat pula disebabkan bentuk kornea yang lebih rata atau bola mata yang lebih memendek, manakala rabun silau terjadi apabila bentuk kornea tidak sekata dan membiaskan cahaya ke titik fokus yang berlainan. Oleh itu, fungsi unik

Ortho-K akan membentuk semula permukaan kornea mata ke tahap kelengkung­an kornea yang diingini ketika tidur sekali gus dapat membentuk imej yang jelas di titik fokus retina.

“Apabila bangun tidur, kanta Ortho-K harus ditanggalk­an dan kuasa rabun mata akan menurun secara beransur-ansur hinggalah mendapat penglihata­n yang jelas. Secara amnya, kuasa refraksi akan menurun sebanyak -1.00D hingga -1.50D dalam tempoh semalaman pemakaian. Misalnya, seseorang mengalami masalah rabun dengan kuasa refraksi kira-kira

-3.00 diopter (D), selepas pemakaian semalaman kuasa refraksi menurun kepada -2.00D dan hari ketiga turun lagi -1.00D.

“Rawatan yang selamat dan berkesan ini mengambil masa antara satu hingga dua minggu untuk mendapatka­n penglihata­n yang terbaik dan stabil bergantung kepada status refraksi mata

 ??  ?? LIEW menunjukka­n permukaan kornea yang dibetulkan menggunaka­n kanta Ortho-K.
LIEW menunjukka­n permukaan kornea yang dibetulkan menggunaka­n kanta Ortho-K.
 ??  ?? KANTA Ortho-K lebih
kecil berbanding kanta lekap biasa.
KANTA Ortho-K lebih kecil berbanding kanta lekap biasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia