Harian Metro

Aiman tak kisah!

-

Port Dickson: “Aiman tak kisah,” kata seorang kanak-kanak lelaki apabila sering diejek rakan kerana tidak dapat bermain dan menyertai aktiviti lasak akibat menghidap penyakit buah pinggang kronik.

Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang Nur Aiman Ridhuan Hamzah, 12, menderita penyakit itu sejak enam tahun lalu dan kini perutnya ditebuk bagi memasukkan tiub khas untuk memasukkan air.

Akibat itu, Nur Aiman tidak dapat mengikuti aktiviti dan latihan kokurikulu­m di sekolah selain bergantung kepada ubat-ubatan mengikut jadual.

Nur Aiman berkata, ibunya akan datang menghantar makanan dan ubat ke sekolah pada waktu rehat, setiap hari persekolah­an.

“Emak bukan saja meng hantar dan mengambil saya di sekolah, tetapi perlu datang membawa makanan dan ubat ketika waktu rehat kerana saya perlu menjaga pemakanan selain mengambil ubat mengikut jadual.

“Malah, saya juga tidak dapat mengikuti kelas Pendidikan Jasmani di padang sekolah dan aktiviti kokurikulu­m. Sebab itu, ada rakan yang ejek Aiman tetapi Aiman tak kisah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Pelandok, di sini, kelmarin.

Aiman turut menerima kunjungan badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9).

Ibu Aiman, Fazilah Abd Jalil, 53, berkata anak bongsu daripada empat beradik itu dalam senarai menunggu untuk menerima buah pinggang daripada penderma.

Menurutnya, setakat ini Aiman perlu berulang-alik mendapatka­n rawatan di hospital selain menjalani proses memasukkan air melalui tiub khas di rumah.

“Perbelanja­an perubatan Aiman hampir RM700 sebulan. Saya sudah dua kali memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi hingga kini permohonan kami gagal kerana suami saya kakitangan kerajaan,” katanya.

Katanya, dia amat berharap anaknya akan mendapat penderma organ secepat mungkin bagi membolehka­n Aiman meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

 ?? FOTO: MOHD KHIDIR ZAKARIA ?? NUR Aiman menunjukka­n perutnya yang ditebuk sambil dibantu ibunya, Fazilah di Kampung Teluk Pelandok, Port Dickson.
FOTO: MOHD KHIDIR ZAKARIA NUR Aiman menunjukka­n perutnya yang ditebuk sambil dibantu ibunya, Fazilah di Kampung Teluk Pelandok, Port Dickson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia