Harian Metro

Artis ‘suam kuku’ paling mudah terpedaya

-

Kuala Lumpur: Kebanyakan artis yang didakwa terbabit dalam kes penipuan perniagaan atau pelaburan adalah mereka semakin tenggelam populariti serta kurang ilmu dalam perniagaan.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, ramai selebriti yang meningkat usia akan memilih untuk menyertai bidang perniagaan yang ditawarkan pihak tertentu bagi menjana pendapatan selepas kurang tawaran daripada industri.

Katanya, selain faktor itu, golongan selebriti ini juga kebanyakan­nya adalah pihak kedua yang diperdaya oleh dalang penipuan sebenar.

“Persaingan yang semakin sengit dalam industri hiburan memaksa segelintir artis yang meningkat umur untuk bekerjasam­a menjalanka­n perniagaan yang menjanjika­n keuntungan.

“Penyertaan artis terbabit dalam perniagaan itu menjadi daya tarikan dan nama mereka digunakan bagi tujuan pemasaran.

“Bagaimanap­un, disebabkan kurang ilmu perniagaan, banyak dalang penipuan mudah mengambil kesempatan ke atas golongan artis dan hilang apabila perniagaan­nya gagal atau mempunyai unsur penipuan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, banyak kes seumpama itu berlaku sehingga artis yang terbabit terpaksa berdepan tindakan polis apabila mangsa penipuan membuat laporan serta meminta artis berkenaan bertanggun­gjawab atas kerugian.

Zed Zaidi atau nama sebenar Rozaidi Abd Jamil berkata, terdapat juga sebilangan kecil artis yang menjalanka­n perniagaan sendiri dan menggunaka­n populariti untuk meluaskan empayar perniagaan namun terdapat unsur penipuan bagi tujuan tertentu.

“Kalau menjalanka­n perniagaan dengan cara yang betul, ia adalah sangat bagus tetapi bila ada formula sendiri yang mempunyai unsur penipuan, ia jadi tidak baik.

“Seniman sendiri pernah ditawarkan untuk menyertai perniagaan jualan langsung dan MLM (pemasaran pelbagai peringkat) tetapi saya menolaknya serta tidak menggalakk­an MLM dalam kalangan kami,” katanya.

Menurutnya, dia menasihatk­an golongan artis supaya berhati-hati dalam menerima sebarang tawaran yang berkaitan sistem MLM, pelaburan mahupun sebagai duta produk bagi mengelakka­n dimanipula­si sesetengah pihak.

Katanya, insiden yang menimpa seorang selebriti yang diperangka­p oleh dalang sindiket pelaburan haram tahun lalu, adalah satu pengajaran besar kepada artis pada masa akan datang.

 ??  ?? ZED Zaidi
ZED Zaidi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia