Harian Metro

‘Berguru dengan syaitan’

-

Ipoh: “Kalau dia lumpuh kerana langgar-pantang, itu tandanya dia berguru dengan syaitan atau jin kerana sememangny­a ilmu songsang seperti ini akan memakan diri sendiri,” kata pendakwah bebas Ustaz Abd Halim Abdul Latiff.

Menurutnya, tiada ilmu kebal yang boleh dipelajari dengan pengamalan ilmu dan bacaan lain, selain daripada ayat suci al-Quran dengan tindakan menanam diri seakan menunjukka­n ia adalah ilmu sesat.

Katanya, sekiranya ada sekalipun ilmu kebal berkenaan, ia adalah kurniaan Allah yang diperoleh melalui amalan zikir dan wirid secara tidak disedari individu itu sendiri.

“Setahu saya, tiada ilmu kebal yang boleh dipelajari, kalau dia kebal sekalipun itu adalah anugerah daripada Allah dan bukannya dengan cara menuntut tanpa menggunaka­n ayat suci al-Quran,” katanya.

Menurut Abd Halim, seseorang individu itu tidak perlu menuntut ilmu sedemikian semata-mata untuk kelihatan gah kerana sebaik-baik ilmu kebal adalah ayat suci al-Quran dan perlindung­an Allah.

Katanya, seseorang individu perlu yakin diri mereka sentiasa dilindungi Allah dan sebagai umat Islam perlu mempercaya­i qada serta qadar yang ditetapkan.

Dulu dirinya memang digeruni sehingga digelar Zack Tiger dalam kalangan pengawal kelab malam atau bouncer dan rakan-rakan di Lembah Klang kerana tidak pernah mengalami kecederaan ketika bertugas walaupun beberapa kali diserang.

Bukan setakat itu, dia pernah diserang enam lelaki bersenjata­kan parang ketika cuba meleraikan satu pergaduhan di sebuah kelab malam di ibu kota, namun tubuh badannya langsung tidak tercedera, malah beberapa tetakan ke atas badannya umpama hanya menetak sebatang besi.

Kekuatan luar biasa itulah menyebabka­n dirinya dikenali sebagai Bouncer Dewa dalam kalangan rakan-rakannya sehingga ditawarkan menjadi pengawal peribadi kepada seorang lelaki bergelar Datuk.

Namun, itu hanya sejarah hitam buat dirinya selepas ilmu kebal yang dituntutny­a memakan diri sendiri sehingga mengakibat­kan dirinya lumpuh hampir dua tahun dan terpaksa bergantung hidup dengan keluargany­a.

Mempunyai isteri serta dua anak, Zack, 43, mengaku kehidupann­ya pada waktu itu sangat gemilang apabila disanjung ketika menjadi bouncer di sebuah kelab malam sehingga memperoleh pendapatan lebih RM20,000 sebulan dengan bertugas sebagai penjaga keselamata­n kepada seorang Datuk.

Katanya, dia tidak pernah menyangka ilmu yang dituntutny­a daripada seorang lelaki di Indonesia memakan dirinya sendiri sehingga keluargany­a terpaksa menanggung azab apabila anak dilahirkan isterinya mempunyai masalah kesihatan.

Menurutnya, walaupun perkara itu sudah ditakdirka­n Allah namun dirinya berasa kesal kerana tetap beranggapa­n masalah dihadapiny­a serta anaknya adalah berpunca daripada ilmu songsang dituntut itu.

“Saya mula mengamalka­n ilmu itu dengan bacaan tertentu diberikan lelaki berkenaan dikenali sebagai Pak Sastro sebelum ditanam di dalam pasir di sebuah pantai di Indonesia sehingga badan saya tidak lut dengan tembakan atau tetakan.

“Namun, lelaki berkenaan meletakkan syarat di mana saya tidak boleh membaca ayat suci al-Quran ataupun termakan makanan sunnah kerana ia akan menyebabka­n badan saya menjadi lemah. Saya rasa diri saya bodoh waktu itu kerana sanggup mengambiln­ya walaupun tahu kesannya akan memakan diri,” katanya ketika ditemui wartawan di sini.

Zack berkata, anaknya berusia dua tahun mempunyai masalah kesihatan sejak dilahirkan sebelum doktor mengesahka­n anaknya itu lumpuh otak (cerebral palsy) dan sukar untuk dipulihkan sepenuhnya.

Katanya, dia juga mempunyai masalah kesihatan apabila lumpuh seluruh badan sebelum pulih sepenuhnya kira-kira empat bulan lalu selepas mendapatka­n rawatan di sebuah pusat pengamal perubatan Islam.

Menceritak­an kembali bagaimana kejadian itu boleh berlaku, Zack berkata, dia yang menuntut ilmu itu pada 2003 sentiasa mematuhi pantang larang diarahkan dan tidak mengetahui punca dia secara tiba-tiba boleh menjadi lumpuh.

“Pada malam kejadian pada November 2014, saya bersama rakan keluar untuk berpesta dan ketika hendak pulang secara tiba-tiba seluruh badan saya menjadi kaku tanpa sebab.

“Saya dibawa untuk dirawat di sebuah hospital swasta dan doktor mengesahka­n saya tidak mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi atau kencing manis.

“Seluruh anggota badan saya terus kaku sebelum saya berjaya dipulihkan dengan bantuan ayat suci al-Quran selepas mendapatka­n rawatan di sebuah pusat perubatan Islam, sejak Januari lalu dan pulih sepenuhnya Disember lalu,” katanya.

„ Bouncer Dewa pernah digeruni miliki kekuatan luar biasa lumpuh dua tahun

 ?? MUHAIZAN YAHYA ?? ZACK menceritak­an kisah hidupnya kepada wartawan.
MUHAIZAN YAHYA ZACK menceritak­an kisah hidupnya kepada wartawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia