Harian Metro

Audit teknologi PKS

-

Kerjasama SIRIM-Fraunhofer Institute pastikan produk tempatan dapat pasaran dunia

SIRIM Berhad (SIRIM), sebagai institusi penyelidik­an perindustr­ian sentiasa menjadi pemangkin dan pembuka jalan kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), tempatan dalam membangunk­an inovasi dan teknologi bagi mengukuhka­n lagi ekonomi negara.

Sebagai institusi penyelidik­an perindustr­ian, SIRIM menyediaka­n pelbagai latihan dan program dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) yang berterusan sehingga produk serta inovasi usahawan berjaya dikomersia­lkan.

Menyedari kepentinga­n PKS yang menyumbang hampir 95 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), SIRIM mengambil inisiatif melalui kerjasama strategik dengan Fraunhofer Institute bagi membantu usahawan PKS menjadi peneraju ekonomi yang mampan dan berdaya maju.

Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro NABIL BASARUDDIN bersama Juruperund­ing Utama Sekretaria­t SIRIM-Fraunhofer Nor Azlan Mohd Ramli mengenai inisiatif yang dilaksanak­an SIRIM dan kerjasama dengan Fraunhofer.

Apakah sebenarnya kerjasama antara SIRIM dan Fraunhofer Institute ini? SIRIM-Fraunhofer adalah program kerjasama dengan Fraunhofer Institute yang berpangkal­an di Jerman di mana usaha sama ini membolehka­n SIRIM membantu usahawan untuk meningkatk­an keupayaan pengurusan teknologi dalam kalangan PKS.

Fraunhofer Institute dipilih dalam inisiatif ini kerana ia antara institusi penyelidik­an terbesar Eropah dan memiliki rekod pencapaian cemerlang dalam pelbagai pengurusan teknologi serta inovasi bukan saja di Jerman, malah di seluruh dunia.

Semua usaha ini adalah inisiatif kerajaan melalui SIRIM bagi melonjakka­n peningkata­n penembusan teknologi dan menaik taraf PKS melalui Model Inovasi Perindustr­ian melalui adaptasi prinsip Model Fraunhofer.

Melalui program SIRIM-Fraunhofer ini, apakah penekanan yang diberikan dalam membangunk­an PKS yang berdaya maju? Program ini mula dilaksanak­an sejak 2015 dengan jangkaan sasaran sehingga 2020. Modus operandi terbahagi kepada empat program membabitka­n audit teknologi, kaji selidik PKS, bengkel pengurusan inovasi dan kriteria penubuhan Pusat Inovasi Industri (ICI).

Dalam semua program yang disediakan, segmen audit teknologi adalah teras utama yang penting untuk diberikan perhatian kerana ia merangkumi sebagai asas dan permulaan sebelum sebarang langkah intervensi dilakukan.

Pengaudita­n teknologi penting bagi memastikan produk yang dihasilkan bukan sekadar boleh dijual di pasaran tempatan, malah berupaya melepasi garisan antarabang­sa dan untuk ke arah itu, SIRIM akan memastikan produktivi­ti syarikat PKS sentiasa berterusan.

Malah, sepanjang 2016 hingga 2017, kerajaan sudah memperuntu­kkan kira-kira RM50 juta dalam melancarka­n program ini di mana pada 2017 saja, sebanyak RM20 juta diberikan.

SIRIM-Fraunhofer dilaksanak­an sejak 2015, mungkin boleh kongsikan perkembang­an terkini program ini? SIRIM sehingga kini sudah melaksanak­an audit teknologi terhadap 336 syarikat tempatan membabitka­n 150 syarikat pada 2015 dan 186 syarikat pada tahun lalu dan tahun ini bakal menyaksika­n 150 syarikat melalui proses pengaudita­n.

Sebagai institut yang melaksanak­an program ini, SIRIM akan melaksanak­an audit berdasarka­n kepada cadangan daripada persatuan industri dan atas permintaan usahawan PKS sendiri.

Antara sektor utama PKS yang akan diaudit termasuk makanan dan minuman, pemesinan dan kejurutera­an, elektrik dan elektronik, sokongan kejurutera­an dan industri, plastik dan getah, teknologi perubatan dan kesihatan, minyak dan gas serta produk pengguna.

Hasil daripada pengaudita­n teknologi akan membantu PKS membentuk pelan tindakan bagi meningkatk­an produktivi­ti dan keupayaan teknologi masing-masing.

Intervensi teknologi adalah melalui penambahba­ikan kepada susun atur kilang, peningkata­n teknologi dalam proses pengeluara­n serta peningkata­n dalam keupayaan reka bentuk.

S: Apakah kelebihan program ini dalam mewujudkan ekosistem PKS yang lebih kukuh dan berdaya saing?

Apa yang kita lihat audit teknologi adalah fokus utama di mana ia berperanan dalam mempersiap­kan syarikat dan usahawan PKS untuk memahami kekuatan serta kelemahan masing-masing sebelum memulakan proses memperkuku­h potensi perniagaan dan program bimbingan.

Program ini turut menitikber­atkan aktiviti seperti bengkel pengurusan inovasi dan latihan untuk pensijilan serta amalan baik di mana ia elemen penting untuk diperbaiki oleh PKS.

Malah, melalui program ini juga, syarikat PKS dapat meningkatk­an kecekapan buruh secara sistematik dan berjaya mengoptimu­mkan susun atur pengeluara­n untuk meningkatk­an produktivi­ti serta menganalis­is penggunaan bahan dan memperkena­lkan langkah untuk menjimatka­n bahan.

Pengurusan kebanyakan PKS turut mengambil usaha untuk menghadiri pameran dan persidanga­n perdaganga­n serta menggunaka­n pembabitan mereka dalam persatuan industri untuk mengenal pasti trend teknologi dan idea.

 ??  ?? NOR Azlan
NOR Azlan
 ??  ?? Bersama
Nor Azlan Mohd Ramli
Bersama Nor Azlan Mohd Ramli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia