Harian Metro

Messi julang Barca

- AFP

„ Penyerang itu jaring dua gol bantu kemenangan kelab benam Sociedad

Lionel Messi menghidupk­an peluang kejuaraan Barcelona dengan dua gol untuk mengatasi Real Sociedad 3-2 ketika dua kelab terbaik La Liga Sepanyol menang aksi lima gol menjelang pertembung­an El Clasico, hujung minggu ini.

Terdahulu kelmarin, Isco menyumbat gol pada masa kecederaan untuk membantu Real Madrid kekal tiga mata di depan dan dengan kelebihan satu perlawanan selepas dua kali bangkit sebelum menundukka­n Sporting Gijon 3-2.

Barcelona memerlukan Messi di puncak prestasiny­a jika mereka mahu menghasilk­an satu lagi keajaiban menentang Juventus dalam Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini berikutan kekalahan 0-3 pada aksi pertama minggu lalu.

“Saya lebih daripada gembira dengan persembaha­n pemain dan keupayaan mereka menangani kekecewaan selepas apa yang kami alami dalam Liga Juara-Juara minggu ini,” kata bos Barca, Luis Enrique.

Bintang Argentina itu kini kurang dua gol daripada 500 gol bersama Barca apabila dia merembat masuk dari jarak 25 meter untuk membuka tirai jaringan.

Messi kemudian mengumpul 45 gol dalam 44 perlawanan musim ini dengan rembatan yang juga menarik dari jarak dekat selepas penjaga gol lawan Geronimo Rulli menyelamat­kan percubaan Luis Suarez.

Bagaimanap­un kelebihan Barca tidak berpanjang­an apabila Samuel Umtiti tertampan masuk percubaan Inigo Martinez ke pintu golnya sendiri.

Paco Alcacer, yang mengambil

(gambar)

alih tempat Neymar yang digantung perlawanan, kemudian membantu Barca mendahului dengan kelebihan dua gol menerusi penyudah mantap hasil hantaran Messi.

Namun Sociedad sekali lagi merapatkan jurang apabila Xabi Prieto merembat masuk hantaran silang William Jose ke penjuru gol Barca.

Madrid boleh memastikan kejuaraan liga pertama dalam tempoh lima tahun jika mereka menewaskan Barca di laman sendiri hujung minggu ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia