Harian Metro

Memang penat tapi berbaloi

- DARI MUKA 1

Alif berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Melaka sepanjang 3 minggu

“Saya masih mahu bekerja keras kerana menganggap ini semua rezeki anak. Selagi ada permintaan dan peluang itu, tak salah jika diteruskan. Lagipun belum masanya saya nak duduk bersenang-lenang.

“Saya bukan seperti kebanyakan artis senior lain yang memiliki pendapatan lumayan.

Jadi, apa saya boleh lakukan sekarang adalah terus bekerja,” katanya.

Alif yang juga pelakon drama Dia Semanis

Honey berkata, apa yang dilakukan itu adalah sesuatu menyeronok­kan kerana bermula sejak usia 16 tahun selepas menyertai program

One In A Million musim pertama.

“Selama ini saya bermula dari bawah. Secara perlahan-lahan bina nama dan cuba menempatka­n diri dalam bidang ini. Biarpun ketika itu saya kerap muncul di TV dan menghasilk­an album, tapi belum rezeki untuk ke depan.

“Saya jenis yang tak nak berputus asa. Saya tak kisah lakukan semua perkara. Meski berasa penat, ia menyeronok­kan. Orang kata berbaloi dengan usaha yang dibuat.

Apa yang dilalui sekarang, saya tak boleh mengeluh. Sebabnya ini pilihan saya. Lagipun, ia bagus untuk saya. Mungkin sebab sudah terbiasa, saya jenis yang tak boleh fokus pada satu perkara saja. Jadi setiap peluang yang datang saya lakukan sehabis baik,” katanya.

Alif yang kini menjalani penggambar­an drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati juga terbabit sebagai pengacara program Rockanova yang bersiaran setiap Rabu di saluran Astro Prima.

Pada masa sama, Alif perlu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Melaka sepanjang tempoh tiga minggu sekali gus kerana meninggalk­an isteri yang masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak kedua pada 2 Februari lalu.

“Jika diikutkan saya terbabit dengan drama lain. Namun disebabkan ada pertukaran jadual, pihak Astro meminta saya terbabit dalam drama ini. Apabila mendapat tahu lokasi penggambar­an di Melaka, nak tak nak saya perlu meninggalk­an isteri.

“Sepanjang tempoh tiga minggu saya berada di sana dan perlu berada di Kuala Lumpur setiap Selasa dan Rabu kerana terbabit dengan program Rockanova pula. Kesempatan yang ada itu saya manfaatkan untuk bersama isteri dan anak.

“Alhamdulil­lah, isteri seorang yang memahami kerja saya. Kecanggiha­n teknologi hari ini juga sedikit sebanyak memudahkan perhubunga­n. Setiap hari berkomunik­asi menerusi aplikasi ‘face time’,” katanya.

Alif turut berkongsi sepanjang ketiadaann­ya isteri diurus pembantu selain dijaga oleh ibunya.

“Anak kedua saya, Ariana Mecca sudah berusia dua bulan. Alhamdulil­lah, dia okey, begitu juga dengan anak sulung. Kalau penat, saya akan melihat video dan gambar mereka. Ketika itu hilang semua tekanan dan beban dalam diri. Baru diri berasa lega,” katanya.

Perkembang­an lain,

Alif kini dalam dalam perancanga­n untuk menulis skrip dan menerbitka­n drama.

“Kalau nak tahu, sekarang saya sudah mula menulis skrip. Idea dan genre naskhah itu sudah ada. Saya berasakan sudah tiba waktu mencuba sesuatu yang lebih mencabar pula. Kalau segalanya berjalan lancar maka terhasilla­h karya itu nanti,” katanya.

Selain itu, Alif juga bakal memulakan penggambar­an supertele berjudul Memori Pajeri Nenas lakonan bersama Tiz Zaqyah.

Karya terbitan Astro itu bakal disiarkan sempena sambutan Aidilfitri nanti.

“Sejujurnya, saya gementar nak berlakon dengan Tiz. Bukan apa, dia seorang pelakon yang bagus. Jika dibandingk­an dengan saya, kami memang jauh berbeza. Macam tak sangka pula dapat berlakon dengan dia.

“Tapi itu cabaran untuk saya dan saya sukakan cabaran itu. Memandangk­an Tiz memiliki kelebihan tersendiri, jadi saya cuba berikan yang terbaik juga,” katanya.

-Sudirman Mohd Tahir

 ??  ?? Selama ini saya bermula dari bawah. Secara perlahan-lahan bina nama dan cuba menempatka­n diri dalam bidang ini
Selama ini saya bermula dari bawah. Secara perlahan-lahan bina nama dan cuba menempatka­n diri dalam bidang ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia