Harian Metro

BIMBANG KENA KEBAS

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

„ Zahasmi ceria Ghaddar kembali berbisa namun gusar jika peledak The Red Warriors dipancing pasukan lain bulan depan

Kuala Lumpur

Reputasi Mohammed Ghaddar selaku penjaring terbanyak Liga Super sekarang mencetuska­n perasaan berbelah bagi jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail

Pada ketika beliau gembira meraikan prestasi Ghaddar, terselit perasaan bimbang di hatinya kemungkina­n mereka bakal kehilangan ayam tambatan itu pada jendela perpindaha­n Mei ini.

Ia susulan keputusan Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) yang kini membenarka­n pemain import berpindah ke pasukan lain pada jendela perpindaha­n kedua.

Ini sekali gus membolehka­n pasukan memancing pemain lawan tanpa perlu menunggu sehingga akhir musim seperti sebelumnya.

“Sebagai jurulatih, sudah pasti saya gembira apabila Ghaddar melaksanak­an tugasnya dengan cemerlang kerana memang itu yang kita harapkan daripada dia. Apatah lagi dia kini sedang berada pada prestasi terbaik sehingga muncul penjaring terbanyak.

“Tapi pada masa sama tidak dinafikan timbul juga perasaan risau kerana pemain hebat seperti Ghaddar sentiasa menarik perhatian pasukan lain. Apatah lagi peraturan baru sekarang membenarka­n pemain import berpindah pada pertengaha­n musim.

“Jika ini berlaku, sudah pasti Kelantan akan kembali pincang kerana Ghaddar sandaran kami. Tidak dinafikan sumbangann­ya terlalu besar sehingga meletakkan Kelantan di kedudukan sekarang.

“Saya berharap kebimbanga­n ini tidak menjadi kenyataan kerana jika Ghaddar pergi, memang sukar untuk kami mencari pengganti,” kata jurulatih itu.

Malah, Zahasmi secara terbuka merayu kepada pasukan yang berhajat memancing penyerang Lubnan itu agar membatalka­n niat mereka demi menjaga keharmonia­n serta keserasian yang mula terbentuk dalam pasukan bimbingann­ya.

“Pemain Kelantan sudah mula mencapai keharmonia­n, keserasian serta semangat berpasukan tinggi. Jika Ghaddar pergi, rosak segala usaha kami selama ini.

“Memang kami tidak ada kuasa menghalang jika ada pasukan mahu mendapatka­n pemain itu. Tapi, saya merayu, jangan ambil Ghaddar, carilah pemain lain. Usah rosakkan pasukan kami,” ujar Zahasmi.

Ghaddar kini sedang mendahului carta penjaring terbanyak dengan 16 gol, empat daripadany­a ketika membenam Pulau Pinang 5-1, Sabtu lalu. Dia turut mencipta hatrik dalam perlawanan menentang T-Team dan Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia