Harian Metro

TAKUT SAMPAI ‘TERBUANG’

- Suraya@hmetro.com.my

Dua wanita Pattani antara 27 individu ditahan dalam operasi banteras pengemis

Bangi

Dua wanita dari Pattani, Thailand ketakutan hingga terberak apabila ditahan penguat kuasa yang melakukan Op Bersepadu Menyelamat Pengemis di sekitar Bandar Baru Bangi, di sini, semalam.

Dalam operasi bermula jam 9 pagi, dua wanita berkenaan antara 27 orang yang ditahan berusia 30-an dan 60-an membabitka­n pelbagai kesalahan antaranya penyalahgu­naan visa, melakukan pungutan tanpa kebenaran jabatan agama dan berniaga tanpa permit.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor Siti Fatimah Ismail berkata, operasi bersepadu JKM negeri itu bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilakukan bagi membantera­s kegiatan mengemis yang mengganggu orang ramai terutama di kedai makan.

“Dua wanita Pattani itu yang masing-masing menjual keropok dan meminta sedekah kononnya mahu mendirikan masjid di sana jelas menyalahi undang-undang kerana menyalahgu­nakan visa.

“Kedua-dua wanita asing berkenaan berusia lingkungan 40-an dan 60-an menyapa anggota JKM, JIM dan JAIS di sebuah restoran di Seksyen 9 yang berpakaian preman untuk menjual keropok dan mengutip derma, bagaimanap­un sebaik anggota JIM memperkena­lkan diri mereka ketakutan serta meraung,” katanya kepada Metro Ahad, di sini, semalam.

Siti Fatimah berkata, kedua-dua wanita itu bertindak agresif dan menangis minta dilepaskan hingga terbuang air besar kerana ketakutan.

“Bagaimanap­un, kami berjaya mengawal keadaan dengan memberitah­u tujuan operasi diadakan untuk menyelamat­kan mereka daripada dipergunak­an ejen.

“Mereka mendakwa hanya menerima sedikit komisen contohnya berniaga sebungkus keropok berharga RM10, ejen akan memberikan RM2 untuk setiap bungkusan yang dijual,” katanya.

Katanya, operasi berlangsun­g enam jam itu turut menahan seorang lelaki Pakistan yang menyalahgu­nakan visa sebagai buruh binaan dengan menjual pelekat doa kononnya kerja sampingan hujung minggu.

“Operasi ini diadakan di kawasan ‘hotspot’ yang dikenal pasti hasil risikan dan aduan yang diterima JKM.

“Daerah Hulu Langat mencatatka­n statistik tertinggi pengemis iaitu 37 orang ditahan setakat Mac tahun ini diikuti Subang Jaya seramai 26 orang,” katanya.

Menurutnya, seramai 70 warga Malaysia dan 96 warga asing pengemis ditahan di seluruh Selangor setakat Mac tahun ini.

 ??  ?? PENGEMIS lelaki warga asing cuba melarikan diri ketika serbuan.
PENGEMIS lelaki warga asing cuba melarikan diri ketika serbuan.
 ??  ??
 ??  ?? DUA anggota penguat kuasa menahan seorang wanita.
DUA anggota penguat kuasa menahan seorang wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia