Harian Metro

Tanam pokok atas rizab sungai

-

hukumnya saya menanam pokok dan sayuran yang mendatangk­an hasil pendapatan tambahan di atas tanah rizab sungai? Apakah pendapatan itu haram?

TUAN MANSUR, Alor Setar, Kedah

mengiktira­f mereka yang boleh menghidupk­an sesuatu tanah untuk ditebus guna dalam bab Ihya ul-Mawat (menghidupk­an tanah yang mati). Namun, penggunaan tanah rizab yang juga tanah simpanan kerajaan bagi tujuan tertentu dan demi kepentinga­n ramai, ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.

Biasanya rizab sungai yang diwartakan mempunyai tujuan tertentu seperti tambatan banjir, kolam takungan banjir dan lain-lain.

Tanah sedemikian tidak seharusnya dimonopoli oleh individu tertentu. Sekiranya mahu digunakan untuk tanaman yang memakan masa yang lama seperti kelapa sawit seharusnya (wajib) memohon kepada tuan tanah itu.

Kerajaan mempunyai budi bicara sekiranya tanaman berbentuk sementara, tidak dimonopoli dan tidak membahayak­an orang ramai maka terpulang kepada kerajaan untuk membenarka­n atau membatalka­n rizab itu.

Bagaimanap­un jika tanah ini diceroboh dan menjadikan hak peribadi maka ia termasuk dalam perkara mengambil hak orang lain yang dilarang dalam Islam.

Firman Allah bermaksud, “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil...” (Surah an-Nisa’: 29). Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia