Harian Metro

CINTA TERLARANG

- Agensi

Sepasang suami isteri muda di India dibogelkan dan diserang oleh beberapa penduduk kampung selepas mereka berkahwin tanpa pengetahua­n keluarga.

Kejadian memalukan itu berlaku di Kampung Shambupura di daerah Banswara di selatan negeri Rajashthan.

Pasangan itu menjadi sasaran serangan selepas berkahwin tanpa kebenaran keluarga masing-masing.

Kachru, 21, dan Monica, 19, bercinta tanpa pengetahua­n orang lain sebelum mereka akhirnya berkahwin dan melarikan diri ke Gujarat.

Apabila perbuatan mereka diketahui ibu bapa Monica, mereka menjejaki pasangan itu dan memaksa mereka kembali ke kampung.

Perbuatan itu kemudian dilaporkan kepada ketua kampung terbabit.

Majoriti penduduk Shambhupur­a ialah suku kaum Bhil.

Keluarga wanita itu didakwa sudah menjualnya dengan harga Rs75,000 (RM5,100) dan sudah menerima wang pendahulua­n berjumlah Rs5,000 (RM340) untuk dia berkahwin dengan lelaki dari kampung bersebelah­an.

Sebaik menerima aduan daripada ibu bapa Monica, ketua kampung itu mengarahka­n pasangan berkenaan ditelanjan­gkan dan diarak seluruh kampung selain dipukul.

Jurucakap polis tempatan, Ravinder Kumar Singh mengesahka­n

„ Pasangan suami isteri muda dibogel, diarak kerana kahwin lari

kejadian itu dengan berkata, ibu bapa wanita itu memaksanya berkahwin dengan lelaki lain.

“Apabila Monica memberitah­u keluargany­a mengenai percintaan­nya dengan Kachru, mereka menentang dan memaksanya berkahwin dengan lelaki kampung sebelah. Pasangan itu melarikan diri selepas berkahwin secara senyap,” kata Singh.

Dia juga berkata, Kachru cedera teruk dan terpaksa dibawa ke hospital untuk dirawat sementara Monica kini diletakkan di bawah perlindung­an polis.

 ??  ?? GAMBAR yang dipetik dari rakaman video menunjukka­n Kachru (kiri) dan Monica (gambar dikaburkan) ditelanjan­gkan oleh penduduk kampung. - Agensi
GAMBAR yang dipetik dari rakaman video menunjukka­n Kachru (kiri) dan Monica (gambar dikaburkan) ditelanjan­gkan oleh penduduk kampung. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia