Harian Metro

TALIBAN BUNUH 140 ASKAR

- Agensi

„ 10 militan berpakaian seragam serang

kem tentera selepas solat Jumaat

Kira-kira 140 tentera Afghanista­n terbunuh dalam serangan militan Taliban yang menyamar askar dengan memakai pakaian seragam tentera, semalam.

Seorang pegawai di Mazar-i-Sharif, bandar di utara Afghanista­n, tempat serangan itu berlaku berkata semalam, ramai anggota pasukan keselamata­n juga cedera dalam serangan itu.

Pegawai lain berkata, angka kematian mungkin lebih tinggi.

Menurutnya, sebahagian besar yang mati itu ialah rekrut muda yang datang untuk menjalani latihan.

Pegawai Amerika Syarikat di Washington berkata sebelum ini, lebih 50 orang terbunuh dan cedera.

Kira-kira 10 militan Taliban yang mengenakan pakaian seragam tentera Afghanista­n dan memandu kenderaan tentera, memasuki pangkalan tentera di bandar berkenaan dan melepaskan tembakan, menyasarka­n askar yang sedang makan dan meninggalk­an masjid selepas solat Jumaat, menurut pegawai.

Dalam satu kenyataann­ya semalam, jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata, serangan itu adalah untuk membalas dendam terhadap pembunuhan beberapa pemimpin Taliban di utara Afghanista­n sebelum ini.

Dua penyerang meletupkan diri mereka dan tujuh terbunuh dalam serangan selama beberapa jam itu.

Seorang penyerang ditahan.

Beberapa helikopter dilihat terbang di ruang udara pangkalan tentera itu sementara ambulans dilihat membawa keluar mayat mangsa selepas kejadian.

Pangkalan di wilayah Balk itu adalah markas Kor 209 tentera Afghanista­n.

Serangan terbesar menyasarka­n pangkalan tentera sebelum ini ialah pada awal Mac apabila sekumpulan lelaki bersenjata yang menyamar doktor menyerang Hospital Sardar Daud Khan, hospital tentera terbesar negara itu, di Kabul, menyebabka­n puluhan orang terbunuh.

Pegawai Afghanista­n berkata, 50 orang mati dalam serangan Mac lalu itu tetapi sumber keselamata­n dan mangsa yang terselamat mendakwa, jumlah mangsa melebihi 100 orang.

Militan Daish mendakwa mereka bertanggun­gjawab dalam serangan berkenaan, beberapa jam selepas Taliban menafikan ia terbabit.

Serangan itu dilakukan seminggu selepas 16 orang mati dalam serangan serentak yang dilakukan Taliban terhadap dua kawasan yang dikawal tentera di Kabul.

Awal bulan ini, tentera Amerika Syarikat menggugurk­an ‘ibu segala bom’ bom terbesar bukan nuklear mereka ke atas kubu Daish di timur Afghanista­n, membunuh hampir 100 militan.

Ia mencetuska­n kejutan di seluruh dunia dengan ada yang mengecamny­a kerana menjadikan Afghanista­n tempat menguji senjata itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia