Harian Metro

DETIK PENENTU NASIB WENGER

- AFP

London

Arsene Wenger tegas mengatakan apa saja pencapaian Arsenal pada saingan Piala FA tidak akan memberi kesan terhadap masa depannya di kelab tetapi pengendali Gunners itu sedar bahawa beliau perlu menang ke atas Manchester City di separuh akhir malam ini jika mahu meredakan kritikan penyokong.

Buat kali pertama sepanjang 21 tahun bergelar pengurus Gunners, Wenger dikecam hebat dan hampir setiap perlawanan, penyokong pasti menjulang sepanduk yang tertulis pelbagai kritikan termasuk mengharapk­an beliau supaya meletakkan jawatan.

Kegagalan Gunners untuk mencabar gelaran Liga Perdana musim ini diburukkan lagi dengan kedudukan mereka di tangga keenam sekali gus meletakkan impian Wenger untuk ke Liga Juara-Juara musim depan agak kelam.

Kekalahan besar di tangan Bayern Munich sebelum ini menjadi sebab mudah mengapa semakin ramai penyokong setia Arsenal percaya sudah tiba masanya untuk Wenger pergi.

Ketika Wenger masih belum mendedahka­n bahawa beliau bakal menandatan­gani kontrak lanjutan atau tidak, ramai penyokong Arsenal tidak sabar untuk melihat pengendali berusia 67 tahun itu meninggalk­an Emirates.

Walaupun beliau adalah jurulatih pertama yang pernah menjulang Piala FA sebanyak tujuh kali untuk memintas catatan pengendali Aston Villa George Ramsey, ia tidak cukup untuk memadamkan segala kritikan terhadapny­a.

“Masa depan saya mungkin ditentukan Ahad (malam) ini. Piala FA adalah penting buat saya kerana ia adalah satu-satunya peluang kami untuk

„ Kemenangan ke atas Citizens mampu redakan kritikan penyokong terhadap pengendali Gunners

memenangi piala musim ini,” kata Wenger.

“Apa yang ada dalam fikiran saya ketika ini ialah apabila kami sudah ada di separuh akhir, kami perlu ke final.

“Kami mungkin tidak berada pada tahap keyakinan terbaik kerana sejak kebelakang­an ini kami menerima keputusan yang mengecewak­an.

“Tetapi kami juga sedia membuktika­n bahawa kami akan melawan dan kami semua mahu ke final.

“Ia mungkin peluang terakhir kami untuk memenangi piala musim ini.”

 ?? Arsene Wenger ?? Masa depan saya mungkin ditentukan Ahad (malam) ini. Piala FA adalah penting buat saya kerana ia adalah satu-satunya peluang kami untuk memenangi piala musim ini” WENGER mahu pemain mara ke final Piala FA.
Arsene Wenger Masa depan saya mungkin ditentukan Ahad (malam) ini. Piala FA adalah penting buat saya kerana ia adalah satu-satunya peluang kami untuk memenangi piala musim ini” WENGER mahu pemain mara ke final Piala FA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia