Harian Metro

Jangan harap boleh lepas jika terbabit rasuah: Khairy

- Maiamalina Mohamed Amin maiamalina@hmetro.com.my

Kota Bharu: Tiada mana-mana individu dalam persatuan mahupun organisasi sukan akan dilindungi sekiranya terbabit dengan amalan rasuah.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan sangat tegas dalam perkara berkenaan dan mahu pesalah rasuah dihukum kerana kegiatan terbabit merosakkan imej sukan negara.

Justeru, beliau memuji langkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana membuka pintu lebih awal untuk disiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan perkara itu.

“FAM mengambil langkah baik dan kita melihatnya sebagai

(gambar)

tindakan proaktif kerana mereka tidak menunggu sehingga disiasat (SPRM).

“Bagi saya, langkah itu tepat sekali dan inisiatif menghantar senarai nama mereka yang dalam perhatian akan membantu SPRM membuat pemantauan dan siasatan awal.

“Untuk persatuan sukan lain, kementeria­n sudah hantar isyarat tegas bahawa tidak ada siapa akan dilindungi, bahkan tiada yang boleh sembunyika­n diri daripada siasatan rasuah dan gejala mengatur perlawanan,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaia­n Hadiah Maraton Separuh Antarabang­sa Kelantan (KIHM) 2017 di Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini semalam.

Akhbar semalam melaporkan FAM mengadakan kerjasama rapat bersama SPRM untuk membendung gejala rasuah malah, pendekatan serius diambil apabila semua ahli Exco badan induk bola sepak itu selain pegawai, pemain dan pengadil Liga Malaysia, dipantau.

Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, beberapa pegawai SPRM juga akan ditempatka­n di setiap gelanggang perlawanan di seluruh stadium, tempat latihan dan di pejabat badan induk berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia