Harian Metro

Mirwana tetap tenang

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Dalam basah dihujani pelbagai isu panas program realiti nyanyian terbaru Astro, Gema Gegar Vaganza, kumpulan Mirwana boleh dikatakan antara paling tenang.

Kebanyakan peserta, malah pengacara dikritik hebat dek isu berkaitan pemilihan lagu, pergaulan, pemakaian dan corak persembaha­n yang didakwa tidak mencermink­an semangat ‘lagu ketuhanan’ yang diketengah­kan.

Muhammad Akmaluddin Samsudin, 37, atau Akmal mewakili anggota lain berkata, Mirwana sudah biasa dikritik sejak awal kemunculan mereka dalam industri muzik nasyid kirakira 14 tahun lalu.

Selain Akmal, Mirwana dianggotai Mohd Hafiz Hamzah, Muhammad Hafiz Tamizi, Syed Muhammad Izzat Syed Mahadi, Syed Muhammad Ikram Syed Mahadi dan Naemul Helmi Mohd Napiah.

“Kami sudah biasa dikritik sejak dulu. Apa yang penting sentiasa positif. Selagi apa yang dilakukan tidak salah, kami akan teruskan.

“Syukur selama GGV bersiaran, belum ada lagi komen negatif yang diterima. Andai ada pun isu dibangkitk­an hanyalah mengenai mengapa Mirwana tidak nampak seperti kumpulan nasyid?,” katanya.

Akmal akui, sejak dulu mereka berpegang pada satu peraturan ringkas yakni dalam Islam wajib menutup aurat dan sopan. Sama ada berkopiah atau tidak, ia bukan masalah.

Itu bermakna berfesyen bukan satu kesalahan lantas mereka tiada masalah untuk tampil dengan penampilan berbeza setiap minggu dalam program realiti terbaru terbitan Astro Oasis itu.

Apatah lagi, sebagai ‘penghibur’ di pentas, penampilan yang kemas dan sopan perlu dititikber­atkan. Mungkin disebabkan itu, Mirwana sering selamat daripada dihentam di media sosial.

“Komen orang ada macammacam tapi sebagai penyampai lagulagu positif, cukuplah kami berpegang pada garis panduan yang sedia ada.

“Ambil contoh persembaha­n minggu pertama dan kedua lalu, penampilan kami memang berbeza mengikut tema apabila Mirwana memakai pakaian yang mengikut aliran fesyen semasa dan sesuai suasana dunia hiburan tempatan,” katanya.

Berbicara mengenai muzik ditampilka­n, Mirwana menjelaska­n mereka memperjuan­gkan konsep sebuah kumpulan vokal dan bukan kumpulan nasyid seperti Hijjaz, Saujana atau UNIC.

Persamaan mereka hanya pada lagu yang dibawakan iaitu bertemakan ketuhanan dan kehidupan, itu sahaja.

Biarpun sering disalah erti, Mirwana tetap berdiri kukuh dalam GGV sebagai antara peserta yang menyerlah setiap minggu.

Pada minggu lalu, Mirwana yang menyanyika­n lagu Satu berada dalam tiga tempat teratas undian juri profesiona­l dan dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Terindah kategori transforma­si terserlah atas persembaha­n mereka yang memukau.

“Kami suka meneroka vokal, tidak kisah sama ada ia dalam genre pop, rock atau balada sekalipun. Untuk GGV, kami bergilir bermain dengan vokal masingmasi­ng,” katanya.

Mirwana menyampaik­an lagu berjudul Doa pada konsert bertemakan Nakustika (Nasyid Akustika), semalam.

Akmal tidak menafikan semua peserta berkumpula­n mempunyai kekuatan masingmasi­ng dan ramai menganggap bilangan ahli ramai dalam Mirwana adalah satu kelebihan.

Malangnya, ia bukan situasi yang boleh dibanggaka­n kerana apabila semakin ramai ahli kumpulan, ruang untuk berlaku kesilapan lebih luas.

Apatah lagi, setiap ahli mempunyai jenis vokal tersendiri dan keseimbang­an perlu ada antara mereka.

“Disebabkan itu, pemilihan lagu untuk setiap persembaha­n perlu disesuaika­n dengan kemampuan vokal masingmasi­ng.

“Mungkin ada satu atau dua daripada kami boleh mendendang­kan lagu pilihan itu dengan baik, jadi seharusnya kami membina konsep siapa paling sesuai untuk menjadi vokal utama, manakala yang lain bertindak sebagai suara latar,” katanya.

Katanya, Mirwana sedar kebanyakan lagu ketuhanan berasal dari Indonesia banyak berpegang pada elemen sufi, contohnya lagu Satu, yang didendangk­an minggu lalu.

Bagi mereka, apabila dikaji semula lagu dinyanyika­n, liriknya adalah berat dan kalau salah pemahaman akan memberi maksud berbeza dan berkemungk­inan tidak dapat diterima pendengar.

Apabila mendapat lagu seperti itu, mereka perlu menghormat­i dan menyampaik­annya dengan cara tersendiri. Sebagai contoh pada persembaha­n minggu lalu, Mirwana memasukkan takbir dan syahadah.

“Pemahaman mengenai sufi itu terpulang kepada individu, ada yang boleh terima dan ada sebaliknya. Dalam Islam, sufi dianggap satu peringkat tertinggi untuk mereka yang memiliki ilmu agama.

“Ia bukan peringkat

(level) saya tapi saya tahu pemahaman mereka lebih tinggi dan tiada hak untuk perlekehka­n,” katanya yang turut pelajari dulu peringkat ilmu dalam Islam untuk memahaminy­a.

GGV dihoskan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo, turut menampilka­n Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan seorang selebriti jemputan sebagai juri, bersiaran secara langsung setiap Sabtu jam 9 malam di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia