Harian Metro

Jessica serius soal gaya

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Penyanyi yang kini bergelar pereka fesyen, Jessica Jung ternyata mengambil serius mengenai gaya.

Pada satu temuramah eksklusif untuk majalah

1st Look, bekas anggota kumpulan Girls’ Generation itu menerangka­n maksud gaya diketengah­kan olehnya.

“Daripada baju dan aksesori yang saya pakai di luar sehingga kepada sikap ditonjolka­n kepada orang lain, semuanya adalah ringkas dan selesa.

“Nampaknya semua perkara itu berada di tempat betul melalui gaya saya,” katanya.

Selepas keluar daripada Girls’ Generation pada 2014, dia berjaya seimbangka­n aktivitiny­a sebagai artis solo dan mengetuai label fesyen Blanc & Eclare.

Akhir tahun lalu, dia berjaya membawa jenama itu ke New York sebagai tanda pengenalan ke peringkat antarabang­sa.

Tatkala ditanya mengenai rahsia bergelar ikon fesyen, Jessica berkata melalui penerokaan dan perkuatkan diri melalui fesyen adalah proses yang menarik.

“Saya rasa, andai individu itu mempunyai gaya yang bagus, ia menjadi elemen atau aspek tambah nilai terbaik untuk diri sendiri,” katanya.

Jelas Jessica, proses mencari gaya tersendiri bermaksud seseorang itu harus membenarka­n ia terbias kembali kepada diri sendiri.

Dalam erti kata lain, ia adalah proses yang mengizinka­n seseorang untuk menyedari potensi baru dalam diri mereka.

“Sebab itu saya fikir, menyedari gaya peribadi seseorang adalah signifikan dan aspek bernilai dalam hidup kita,” katanya.

Setiap kata-kata Jessica terpancar jelas dalam sosial medianya. Penyanyi kelahiran Amerika Syarikat tapi membesar di Korea Selatan itu sebenarnya baru saja menyambut hari lahir ke-28, Rabu lalu.

Dia bukan saja artis yang mendapat pujian pakaian terbaik tapi turut tersenarai dalam senarai Forbes

Asia, seiring dengan artis Malaysia iaitu Neelofa.

Kebijaksan­aannya menggayaka­n fesyen terkini memang tidak

Bekas anggota Girls’ Generation

berjaya seimbang

aktiviti sebagai artis

solo dan ketuai label fesyen Blanc

& Eclare

dapat dinafikan. Dia pernah dilihat memakai blaus potongan pin rekaannya sendiri pada acara Rodeo Drive, dan tampil dengan rekaan Saint Laurent untuk acara di Taipei, pada waktu lain tetapi pada hari sama.

Dikenali dengan penampilan peribadi yang elegan tapi kasual, Jessica mengekalka­n imej ‘cool’ dengan pelbagai gaya yang boleh dikaitkan dan dihargai sesiapa sahaja.

Dia pernah mengenakan aksesori mewah daripada Hermes Birkins dan Kellys tapi kadangkala boleh saja muncul dengan sepasang jean yang memberi aura klasik.

“Bagi saya, fesyen tidak perlu terlalu menonjol untuk diingati,” katanya.

Mereka yang mengikuti laman sosial si jelita ini pasti faham, kewujudan akaun media sosial Instagram ternyata untuk peminatnya.

Ini terbukti selepas dia tidak berhenti mengucapka­n terima kasih kepada peminat yang mengucapka­n selamat hari lahir.

“Saya rasa sangat istimewa, saya menjadi diri saya kini kerana adanya bintang emas (peminat) saya. Sayang anda semua sampai bila-bila!” tulisnya.

Betapa beruntungn­ya Jessica, peminat setianya sanggup menyewa papan iklan gergasi di tengahteng­ah Times Square minggu lalu semata-mata mahu menyampaik­an ucapan selamat hari lahir.

Tindakan ditunjukka­n peminat menunjukka­n betapa hubungan antara Jessica dan peminat begitu akrab.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia