Harian Metro

Cempaka keutamaan Azza

- Norhay ati Nordin yati@hmetro.com.my

Tiada hiasan padat di ruang

tamu kerana anak

masih kecil

Selepas berumah tangga dan dikurniaka­n cahaya mata sulung, Cempaka

Nur Adriyana, 11 bulan, penyanyi dan dramatis Azariah Suaymi atau

Azza, 35, lebih selesa menguruska­n keluargany­a.

Sebaik Cempaka hadir dalam hidup Azza yang bertemu jodoh dengan Alif Ehsan A Rahim, 31, dia lebih senang menumpukan sepenuh masa menjaga permata hatinya itu.

Mengimbau sejarah dan kerjaya wanita berasal dari Keramat, Kuala Lumpur ini, Azza dan Ehsan bernikah pada 24 Mei 2015 selepas dua tahun menyulam cinta.

Pembabitan Azza dalam industri seni bermula 2003 apabila terpilih menyertai program realiti Akademi Fantasia musim pertama (AF1).

Meskipun tersingkir awal dari pentas AF1, ia membuka rezeki Azza mengembang­kan bakatnya bukan saja nyanyian tetapi juga bidang lakonan.

Antara karya pernah dibintangi Azza dan diingati peminat Senandung Si Dayang, Wadi Rahmah, Aku Tak Rela, Cahaya Di Hujung Nyawa, Iman Nabila dan Menantu Sepuluh Ribu.

Lama tidak bertemu, baru-baru ini Azza mempelawa Selebriti

Metro Ahad untuk bersua dengan keluarga kecilnya di kediaman mereka. Dalam pertemuan itu kata Azza, dia tidak pernah melupakan bidang seni cuma buat masa sekarang ia bukan keutamaan.

“Saya masih berlakon, cuma buat masa ini saya harus memilih dengan memastikan drama yang dibintangi, jadual kerjanya tidak terlalu panjang. Ini kerana Cempaka masih kecil. Sebaik melahirkan memang segala urusan anak saya uruskan sendiri.

“Disebabkan itu sukar untuk saya berjauhan dalam tempoh lama dengan Cempaka sekiranya saya kembali berlakon,” katanya.

Lebih selesa menjaga anak sendiri, membuatkan Azza juga dengan rela hati memilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa seketika.

“Suami tak pernah halang saya meneruskan karier seni, tetapi memikirkan anak masih kecil membuat saya harus berkorban dengan memilih anak berbanding kerja.

“Oleh itu, jika ada tawaran lakonan saya pastikan watak diterima sesuai dan masa di lokasi pun tak lama atau terlalu jauh,” katanya.

Bagaimanap­un jelas Azza, sekiraya rindu bertandang untuk berlakon barulah tawaran yang diberikan akan dipertimba­ngkan. Itupun selepas dia menilai dari segala sudut sama ada boleh atau tidak meninggalk­an Cempaka.

Meneliti hiasan dalaman kediaman keluarga kecil Azza yang baru disewa empat bulan lalu, susun atur terutama membabitka­n ruang tamu nampak ringkas.

Kelihatan hanya dua sofa dan pagar mainan kanak-kanak memenuhi ruang tamu. Kata Azza, disebabkan Cempaka masih kecil jadi keselesaan anaknya adalah keutamaan dalam menata hias kediamanny­a.

“Cempaka baru boleh berjalan. Jadi, pagar mainan ini diletakkan di bahagian ruang tamu bersama sofa untuk mengelakka­n dia ke dapur.

“Bila saya memasak, Cempaka boleh ditinggalk­an bermain sendirian dalam kawasan berpagar sambil menonton TV,” katanya.

Azza berkata, faktor anak masih kecil membuatkan dia tidak menghias ruang tamu padat dengan perabot.

“Apa yang paling saya utamakan keselesaan dan keselamata­n Cempaka.

Lagi pun, sambil memasak saya boleh tinjau Cempaka bermain.

“Barang mainan pula, Cempaka lebih minat bermain dengan anak patung yang kami namakan Melur,” katanya.

Sementara itu, Ehsan yang sentiasa di sisi Azza berkata, sebagai suami dia sentiasa bersikap terbuka untuk memberi sokongan pada Azza meneruskan karier seninya.

“Saya memang tak halang Azza, cuma dia yang tidak mahu. Bagi

Azza, keutamaann­ya kini adalah Cempaka. Apatah lagi, sejak lahir memang kami mengurus anak tanpa pembantu. Jadi, mungkin juga selepas 11 bulan, Azza semakin selesa dengan

 ??  ?? AZZA dan suami melayan Cempaka bermain anak patung.
AZZA dan suami melayan Cempaka bermain anak patung.
 ??  ??
 ??  ?? CEMPAKA Nur Adriyana.
CEMPAKA Nur Adriyana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia