Harian Metro

Segmen Premium Terkini

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Volvo lancar model S90 dan V90

Penampilan lebih segar dan muda, rekaan jenama Volvo kini melalui transforma­si fasa kedua dengan platform Scalable Product Architectu­re (SPA) terbaru mereka.

Volvo S90 dan V90 baru dilancarka­n di Malaysia awal bulan ini menawarkan pemanduan dinamik dan berprestas­i untuk sebuah sedan serta varian estate (station wagon) premium.

Ia telah direka semula untuk ciri kawalan dan keselesaan maksimum dengan bentuk menawan serta lebih rendah, panjang dan lebar dalam kelasnya.

Kedua-duanya didatangka­n dalam dua varian iaitu T5 dan T6 R-Design dengan enjin 2.0 liter pengecas turbo lapan kelajuan automatik mampu menghasilk­an kuasa kuda 254hp pada 5,500rpm dan 320hp pada 5,700rpm yang dilengkapi kuasa pengecas.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia Lennart Stegland berkata, walaupun kenderaan segmen estate (station wagon) tidak begitu popular di negara ini, ia adalah model yang bukan sahaja praktikal malah memberikan kepuasan terhadap pemanduan.

“V90 adalah rekaan daripada warisan dan sejarah model estate Volvo terdahulu untuk pilihan gaya hidup premium kepada pengguna di Malaysia,” katanya.

Dilengkapi dengan teknologi bantu pemandu sebagai ciri standard serta sistem Membrek Kecemasan Automatik (AEB) terkini menawarkan pemanduan separa autonomi bagi kawalan jarak dan pengesan objek di hadapan untuk mengelakka­n daripada berlaku perlanggar­an.

Untuk varian R-Design ia menampilka­n elemen sporty dengan pemanduan gaya responsif dan prestasi termasuk casis sport terkini untuk lebih berkuasa serta kestabilan di jalanan.

Empat warna ditawarkan iaitu hitam, putih, kelabu dan perak untuk semua varian manakala untuk T5 dengan warna biru eksklusif dan bagi T6 R-Design pembeli boleh memilih warna Biru Bursting signatur Volvo.

S90 T5 dijual pada harga RM388,888 dan untuk T6 R-Design pada harga RM453,888 manakala

V90 T5 dan T6 R-Design masing-masing pada harga RM393,888 dan RM458,888 (semua harga atas jalan tanpa insurans).

 ??  ?? VOLVO S90 tampil lebih bergaya. V90 mewarisi sejarah segmen estate Volvo.
VOLVO S90 tampil lebih bergaya. V90 mewarisi sejarah segmen estate Volvo.
 ??  ?? VARIAN T6 R-Design lebih sporty.
VARIAN T6 R-Design lebih sporty.
 ??  ?? S90 dengan warna signatur Biru Bursting.
S90 dengan warna signatur Biru Bursting.
 ??  ?? RUANG dalaman mewah dan selesa.
RUANG dalaman mewah dan selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia