Harian Metro

TERNAK UDANG KARA DI RUMAH

„ Bekas akauntan usaha udang kara secara hidroponik di depan kediaman

- Norizzah Baharudin am@hmetro.com.my

Kesungguha­n mahu menyediaka­n sumber makanan terjamin daripada aspek kesucian dan status halal mencetuska­n idea kepada seorang bekas akauntan untuk mengusahak­an ternakan udang kara air tawar di rumah.

Effendy Halili, 45, berkata, selepas 10 tahun berkhidmat sebagai akauntan di Kuala Lumpur, dia pulang ke Melaka dan bercucuk tanam kerana mahu keluargany­a menikmati makanan daripada bahan suci dan halal.

Minatnya menternak udang kara bermula selepas iparnya menziarah dan membawa udang kara air tawar masih hidup sebagai buah tangan.

“Sejak itu, timbul minat untuk ternak udang kara air tawar. Saya bermula hanya dengan beberapa ekor saja dan membelanja­kan RM3,000 untuk membeli set hidroponik. Syukur semua perancanga­n menjadi, malah ia turut menarik minat orang lain untuk melakukan perkara sama.

“Saya gunakan teknik akuaponik iaitu gabungan akuakultur dan hidroponik. Menerusi kaedah ini, saya boleh tanam sayur-sayuran dan ternak udang kara air tawar serentak dan paling penting, semuanya bebas daripada penggunaan bahan kimia atau yang diragui status halalnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Rembia Perkasa.

Katanya, sejak lima tahun lalu, dia turut menawarkan kursus kepada mereka yang berminat untuk menternak udang kara air tawar menerusi tiga pakej iaitu hobi, pakej keluarga dan pakej perniagaan, malah setakat ini Effendy Halili menyelia lebih 2,000 peserta.

Menurutnya, sepanjang kursus selama lima jam, peserta didedahkan mengenai sistem kitaran air, penjagaan udang kara air tawar hinggalah kepada penyediaan hidangan menggunaka­n ternakan sudah matang.

Katanya, dia menggunaka­n laman sosial blog sebagai medium mempromosi­kan pakej kursus ditawarkan dan apa yang membanggak­an, kejayaanny­a itu turut menarik minat peserta dari Eropah untuk bertandang ke rumahnya.

“Peserta akan terus dibimbing selagi mereka aktif dalam bidang ini, kami berhubung menerusi aplikasi WhatsApp, jadi kalau ada masalah mereka akan tanya dan saya jawab terus, tak perlu tunggu lama,” katanya.

Antara sayur-sayuran ditanam menerusi teknik akuaponik adalah bayam, kangkung, salad, timun, kucai, pokok tin dan belalai gajah.

Baginya, sayur-sayuran dan ternakan bebas penggunaan bahan kimia amat baik untuk kesihatan selain menjimatka­n.

 ??  ??
 ??  ?? EFFENDY menunjukka­n udang kara air tawar yang diternakny­a.
ANAK udang kara air tawar diletakkan di dalam paip PVC yang disumbat
dengan straw.
EFFENDY menunjukka­n udang kara air tawar yang diternakny­a. ANAK udang kara air tawar diletakkan di dalam paip PVC yang disumbat dengan straw.
 ??  ?? UDANG kara air tawar yang diternak Effendy bebas penggunaan bahan kimia.
UDANG kara air tawar yang diternak Effendy bebas penggunaan bahan kimia.
 ??  ?? PESERTA kursus memegang udang kara air tawar yang diternak Effendy.
PESERTA kursus memegang udang kara air tawar yang diternak Effendy.
 ??  ?? TANAMAN ‘akuaponik’ di atas kolam udang kara air tawar di rumah Effendy.
TANAMAN ‘akuaponik’ di atas kolam udang kara air tawar di rumah Effendy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia