Harian Metro

PUTUS TUNANG 3 KALI DALAM 4 TAHUN

- Nur Lela Zulkipli nurlela@hmetro.com.my

Lelaki putus tunang tiga kali dalam empat tahun akibat

kuat cemburu

Bertunang hanya untuk putus. Itu trauma seorang jurutera bangunan yang ingin dikenali sebagai Idham apabila tiga kali mengalami putus tunang dalam tempoh empat tahun lalu.

Idham, 33, yang berasal dari Ampang, Selangor pada awalnya tidak mempunyai masalah dalam pergaulann­ya dengan masyarakat setempat khususnya wanita namun sikap terlalu cemburu sehingga sanggup mengurung tunang dari dalam rumah menjadi masalah utamanya dalam sesebuah hubungan.

Idham turut mengakui pengalaman dibesarkan dalam keluarga yang bercerai-berai memberi kesan buruk dalam dirinya apabila berdepan dengan wanita yang dicintainy­a.

“Saya terlalu mudah cemburu. Apabila saya cemburu, saya cenderung untuk melakukan sesuatu di luar kewarasan saya. Saya sudah cuba mengawal emosi, tetapi ternyata gagal dan orang lain yang menjadi mangsa.

“Sudah banyak peluang kedua diberikan kepada saya setiap kali saya melukakan hati semua bekas tunang, namun saya masih terikut perasaan cemburu sehingga menyusahka­n wanita yang ikhlas sayangkan saya,” katanya.

Idham yang masih berharap dapat mendirikan rumah tangga bagaimanap­un bimbang sekiranya sikap terlalu kuat cemburu datang kembali dan akan mencederak­an orang tersayangn­ya.

“Dulu saya selalu sering melihat dan mendengar ibu bapa bergaduh sehingga saya menjadi sangat tertekan. Setiap kali saya berdepan dengan tunang dalam situasi sama seperti ibu bapa dulu, saya akan terus naik angin.

“Saya cemburu bukan saja apabila bekas tunang pertama mempunyai rakan lelaki, tetapi kerana perkara kecil seperti tidak memberitah­u saya ke mana dia pergi pun sudah cukup buat saya meradang,” katanya.

Katanya, dirinya jenis mudah meminta maaf namun setiap orang mempunyai tahap kesabaran masing-masing dan pertunanga­nnya paling lama bertahan selama enam bulan.

“Saya tidak mahu menutup pintu hati ini namun setiap kali saya mencintai seseorang saya akan bertindak luar kawalan dan menyakiti hati mereka.

“Saya sanggup dapatkan khidmat kaunseling kerana saya mula cederakan diri sendiri apabila tahu bekas tunang keluar tanpa memberitah­u saya sedangkan dia hanya bersama keluarga dan perkara itu tidak salah.

“Saya percaya apa yang berlaku pada saya ini berpunca daripada kekurangan kasih sayang dan tidak yakin terhadap diri sendiri apabila berdepan dengan situasi sedemikian,” katanya.

Menceritak­an pengalaman putus tunang sebanyak tiga kali, Idham tidak mungkin dapat memaafkan dirinya kerana terlalu mengongkon­g sehingga tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

“Bekas tunang kedua menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian di sebuah universiti di utara tanah air dan saya terus bantah kerana bimbang dia akan berjumpa kekasih baru di universiti.

“Saya sepatutnya menyokong niat baiknya dan bukan membantah atas sebab remeh temeh.

“Ketika bekas tunang memulakan pengajiann­ya, boleh dikatakan hampir setiap minggu saya ke utara sehingga menyebabka­n dia tidak selesa dan malu apabila berdepan dengan rakan sekelas,” katanya.

Keadaan menjadi semakin teruk apabila keluarga bekas tunang Idham membuat keputusan untuk memutuskan pertunanga­n kerana bimbang masa depan anaknya di tangan seorang yang kuat cemburu.

“Saya hampir dibuang kerja kerana terlalu kerap meminta pelepasan gara-gara malu berjumpa rakan sekerja yang menganggap pertunanga­n saya akan kekal hingga ke jenjang pelamin.

“Mujurlah majikan memahami situasi saya dan beri peluang kedua. Majikan juga nasihatkan supaya berjumpa

pakar kaunseling bagi menyelesai­kan masalah kuat cemburu saya,” katanya.

Wanita terakhir yang memutuskan pertunanga­n dengannya juga memberi alasan sama iaitu terlalu kerap menjadi mangsa kemarahan biarpun banyak peluang yang diberikan.

“Saya betul-betul kecewa dengan diri sendiri kerana gagal mengendali­kan perasan sendiri sedangkan umur saya kini sepatutnya boleh membezakan antara yang baik dan buruk.

“Saya tidak pernah salahkan semua bekas tunang saya kerana mereka tidak bersalah. Apa yang lebih penting bagi saya sekarang adalah cuba mengawal kemarahan dan emosi supaya tidak lagi kehilangan orang tersayang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia