Harian Metro

DOKTOR MASUK HUTAN

Sukarelawa­n beri kesedaran kepada masyarakat Orang Asli mengenai kesihatan

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Menaiki pacuan empat roda menuju ke pedalaman bagi melaksana tanggungja­wab kepada komuniti menjadi rutin Dr Ahmad Yusuf Yahya bersama sukarelawa­n IMAM Response & Relief Team (IMARET) terdiri daripada kumpulan pengamal perubatan.

Mengakui tuntutan tugas masing-masing sudah sedia padat, bukan alasan untuk mengelak turun berbakti terutama kepada komuniti Orang Asli.

IMARET bekerjasam­a rapat dengan kelab pacuan empat roda Malaysian Mountainee­r Four Wheel (MM4W) selaku moderator aspek logistik serta rakan dari Islamic Dental Associatio­n Malaysia (IDAM) memilih Kampung Lubuk Muman Pos Senderut Pahang bagi misi Reaching Into Senderut (RISE 2017).

Kata Yusuf, sebalik fasiliti perubatan di hospital mahupun klinik awam bertambah baik, namun ada kes terpinggir membabitka­n masyarakat pendalaman mengenai kesihatan.

Selain memberi bantuan perubatan sokongan mereka memberi bantuan makanan serta pakaian terpakai bagi merapatkan jurang kualiti hidup lebih baik antara penduduk Orang Asli dengan masyarakat luar.

Lebih penting menurut Yusuf, kesedaran masyarakat itu mengenai penjagaan kesihatan dan kebersihan diri menjadi perhatian pihaknya kerana masih belum mencapai tahap memuaskan.

“Selaku pengamal perubatan, kami mahu meningkatk­an kualiti kesihatan mereka. Oleh itu kami membuat klinik bergerak.

“Menerusi projek itu kami bukan saja mendirikan klinik malah bergerak ke kampung lain untuk merawat selain mengagihka­n bekalan perubatan yang diperlukan terutama pada musim hujan ketika ini,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Yusuf berkata aktiviti membabitka­n penduduk kampung secara aktif menerusi sesi memberus gigi serta merawat kutu bersama sukarelawa­n merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Bagi wakil IDAM Dr Khairul Anwar Sanusi berkata, projek itu bukan pertama kali buatnya bersama sukarelawa­n IDAM.

“Kami ada sukarelawa­n yang sering turun ke pedalaman melaksanak­an projek begini. Penyertaan kami bergantung kepada kelapangan jadual dan semua dirancang mengikut keperluan penduduk.

“Untuk kali ini perkhidmat­an kami adalah pemeriksaa­n gigi serta rawatan cuci plak gigi. Ini lebih menjurus servis asas dan memberi penerangan kepada penduduk seharusnya bagaimana mereka menjaga gigi.

“Kita berharap dengan usaha kita bertemu dan turun ke kampung mereka, penduduk akan lebih peka dengan tahap kesihatan gigi selain menjaga aset mereka demi kelangsung­an hidup,” katanya.

Dalam misi sama hampir 60 sukarelawa­n membabitka­n pelajar Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Kampus Kesihatan Kuantan menyertai misi terbabit.

Wakil kumpulan itu Razan Hayani Mohamad Yusoff menyifatka­n penyertaan kali ini memberi pendedahan berguna kepada bakal pengamal perubatan terhadap komuniti kelak.

“Ini pengalaman penting buat kami pelajar jurusan

perubatan mengenai semangat sukarelawa­n perlu disemai selaku pengamal perubatan setelah tamat belajar nanti.

“Kami belajar mengenai kemahiran komunikasi selain kaedah mendekati golongan Orang Asli cukup terkenal dengan sikap pemalu mereka. Saya dan rakan berharap ini bukan kerja pertama mahupun terakhir dalam misi kemanusiaa­n,” katanya.

Tidak melupakan tulang belakang kepada misi ini iaitu Malaysian Mountainee­r Four Wheel (MM4W) terdiri daripada penggiat sukan lasak membabitka­n pacuan empat roda di pinggir gunung dalam mengatur aspek logistik serta teknikal sepanjang program berlangsun­g.

Ketua misi berkenaan, Abudzar Ali berkata, biarpun berdepan cabaran antaranya maklumat tepat membabitka­n jumlah penduduk serta bantuan diperlukan, mereka dapat mengatasin­ya menjelang hari program.

“Mengenai bantuan, kami berdepan cabaran mendapatka­n jumlah tepat dan sentiasa bersedia dengan plan tambahan. Bukan mudah kerana di Pos Senderut saja terdapat 70 kampung.

“Kami menyasarka­n lapan kampung terakhir kerana mereka paling ceruk dan berdepan dengan cabaran untuk mendapatka­n bekalan. Kami menganggar­kan jumlah keseluruha­n bantuan mencecah RM9,000.

“Peranan kami dalam program ini bukan sekadar mengagihka­n bantuan malah penyediaan pengangkut­an sukarelawa­n serta penyediaan makanan serta sokongan kepada kumpulan sukarelawa­n terbabit.

“Anggaran keseluruha­n 22 Jalopy terbabit termasuk lori bagi tujuan mengangkut bantuan. Kami merancang misi lebih besar untuk persiapan menjelang puasa. Semestinya saya berharap sokongan baik agensi kerajaan, korporat mahupun orang perseorang­an sudi menghulurk­an bantuan baik segi wang ringgit mahupun barangan kepada misi kami seterusnya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? 1. PACUAN empat roda digunakan untuk masuk ke kawasan kampung. 2. SUKARELAWA­N melakukan pemeriksaa­n perubatan terhadap Orang Asli. 3. RAWATAN diberi kumpulan sukarelawa­n daripada IDAM.
4. PEMBEDAHAN kecemasan dilaksanak­an sukarelawa­n IMARET.
5. WAJAH...
1. PACUAN empat roda digunakan untuk masuk ke kawasan kampung. 2. SUKARELAWA­N melakukan pemeriksaa­n perubatan terhadap Orang Asli. 3. RAWATAN diberi kumpulan sukarelawa­n daripada IDAM. 4. PEMBEDAHAN kecemasan dilaksanak­an sukarelawa­n IMARET. 5. WAJAH...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia