Harian Metro

RAJA PALING MUDA DIMASYHUR

-

„ Delegasi asing pamer rasa teruja menjelang pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15

Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara hari ini adalah satu upacara yang dinanti-nantikan bukan sahaja oleh rakyat Malaysia, tetapi juga perwakilan asing yang berpangkal­an di Malaysia.

Istiadat pertabalan itu yang kaya dengan sejarah dan penuh tradisi diadakan hanya sekali setiap lima tahun, pastinya akan menjadi tumpuan ketua-ketua perwakilan asing yang dijemput menghadiri istiadat itu.

Duta Ukraine, Olexander Nechytaylo yang akan menyaksika­n istiadat pertabalan itu buat pertama kali, berbangga kerana diberi penghormat­an menjadi sebahagian daripada peristiwa unik bagi memastikan kesinambun­gan dan kestabilan negara.

“Ketika saya menyerahka­n watikah pelantikan saya kepada Sultan Abdul Halim Mu“adzam Shah pada Julai tahun lepas, saya benar-benar terkejut apabila mengetahui hakikat bahawa saya belum lahir lagi ketika baginda mula berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong buat pertama kali pada 1970.

“Saya juga mendapati ia sangat simbolik apabila raja yang paling muda dalam kalangan Raja-Raja Malaysia mengambil alih tampuk pemerintah­an daripada yang lebih senior,” katanya.

Pada usia 47 tahun, Sultan Muhammad V adalah raja yang paling muda di sembilan negeri. Ditanya apa yang mengagumka­n beliau mengenai Agong baharu, duta itu berkata ia adalah titah Sultan Muhammad V yang dibuat ketika merasmikan mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-13 bulan lalu.

Baginya, Sultan Muhammad V ‘semestinya simbol kepada Malaysia yang moden, dinamik dan membawa aspirasi wawasan baharu pada abad ke-21.’ Sementara itu, Duta Argentina Manuel Balaguer Salas yang memulakan tugasnya di sini tahun lepas, menyifatka­n pertabalan Agong itu sebagai “istiadat yang bermakna, simbolik dan penting” kepada negara dan rakyat Malaysia. Pernah ke Istana Negara untuk menyerahka­n watikahnya kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, beliau teruja kerana buat pertama kalinya berpeluang menyertai istiadat pertabalan Sultan Muhammad V.

Bagi Pesuruhjay­a Tinggi New Zealand Dr John Subritzky yang akan turut hadir ke istiadat esok buat pertama kali berkata, ia pasti menjadi peristiwa yang sangat istimewa bagi Malaysia yang kaya dengan budaya dan sejarah.

“Ia akan mencermink­an kepentinga­n Perlembaga­an terhadap kedudukan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong. Saya belum lagi bertemu baginda tetapi berharap mempunyai peluang untuk berbuat demikian sebelumn tugas saya tamat di Malaysia,” katanya.

Duta Jepun ke Malaysia Makio Miyagawa pula berkata hubungan baik antara kerabat diraja Malaysia dan keluarga Maharaja Jepun adalah khazanah hubungan erat buat Malaysia dan Jepun.

“Putera Mahkota Jepun yang baru-baru ini melakebaha­giaan wat Malaysia menyatakan bahawa baginda kagum dengan kemesraan, kemurahan hati dan sikap bersahaja Seri Paduka Baginda,” kata Miyagawa yang amat gembira diberi penghormat­an untuk menghadiri istiadat pertabalan penuh tradisi itu.

Bagi pihak kerajaan dan rakyat Jepun, beliau mengucapka­n selamat maju jaya untuk kemakmuran, kesihatan yang baik dan buat Yang di-Pertuan Agong dan rakyat Malaysia.

Sultan Muhammad V dari Kelantan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada mesyuarat khas Majlis Raja-Raja pada Oktober tahun lalu, menggantik­an Tuanku Abdul Halim Mu“adzam Shah. Baginda melafaz sumpah memegang jawatan itu pada 13 Disember lalu. - BERNAMA

 ??  ??
 ??  ?? YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia