Harian Metro

DEBARAN KEMBARA SOLO

„ Mutiara kata untuk berdakwah penguat semangat jejak tangisan bumi Syria

-

Ditugaskan ke Syria, dianggap penulis sebagai satu cabaran besar yang perlu dilaksanak­an dalam membuat liputan tepat dan terkini mengenai situasi sebenar apa yang berlaku dari kaca mata wartawan Islam.

Bersama-sama sukarelawa­n badan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaa­n negara iaitu Malaysia Life Line For Syria (MLLFS), penulis akan berada di Syria sehingga 1 Mei ini.

Semasa berada di sana, penulis akan dibawa ke Idlib bagi menyampaik­an pelbagai sumbangan misi kemanusiaa­n dan wilayah itu dianggap paling bahaya kerana rejim Bashar al-Assad baru saja menjatuhka­n bom mengandung­i gas sarin, baru-baru ini.

Penulis berangkat berseorang­an dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 20 April jam 7.30 malam ke Jeddah dengan perasaan bercampur-baur antara teruja dan bimbang dengan keselamata­n diri.

FAKTA Penulis sertai misi bantuan MLLFS sehingga 1 Mei

depan

Doa isteri, Erme

Harlini Zullkifli, 33, yang menemani penulis di KLIA selain keberkatan turut bersama jemaah yang akan menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah menjadi pendorong semangat untuk penulis melakukan yang terbaik dalam misi bantuan kemanusiaa­n itu.

Setiba di Jeddah, ketika dalam tempoh transit selama tujuh jam sebelum ke Istanbul penulis sempat mendapat mutiara kata yang menusuk hati daripada jemaah tabligh Malaysia yang kebetulan berada di Lapangan Terbang Antarabang­sa Raja Abdul Aziz.

“Jika mengembara ke mana sahaja biar sambil berdakwah,” itu nasihat Haji Omar bersama tiga pasangan suami isteri lain dalam siri dakwah empat bulan di Turki hingga ke Bosnia.

Kebetulan, penulis memang gemar mengembara. Kira-kira 15 negara pernah penulis lawati antaranya China, Mesir, Kenya, India, Pakistan dan Somalia.

Perjalanan seterusnya, tiga jam 45 minit penerbanga­n ke Istanbul, kata-kata Haji Omar terus terngiang-ngiang dan penulis berdoa supaya pekerjaan ini dapat memberikan kesempatan secara tak langsung berdakwah kepada pembaca.

Sebaik sampai di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul penulis mencari simkad tempatan yang dianggap sebagai keperluan asas untuk memudahkan penghantar­an berita, gambar dan video ke tanah air.

Penulis sebenarnya bimbang dengan kemungkina­n pelbagai sekatan yang mungkin ditempuhi di lapangan terbang disebabkan membawa peralatan kamera profesiona­l, apa boleh dilakukan hanya bertawakal.

Lebih-lebih lagi melihat berita Harian Metro sebelum ini, misi bantuan pernah terkandas di Lapangan Terbang Hatay.

Penulis kemudian terus mengambil penerbanga­n seterusnya ke Gaziantep untuk bertemu Ketua Pengurusan Media MLLFS, Mohd Aiman Mohd Amir, 30, yang sudah menunggu.

Selain Mohd Aiman, penulis disambut seorang ahli NGO kemanusiaa­n Indonesia (Daarut Tauhid) iaitu Komaludin dan NGO Syria dari Bonyan Organizati­on iaitu Sohib Idris.

Sepanjang ke rumah Sohib tempat penulis tumpang bermalam, kami berempat berbual mengenai kerjasama perlu dilakukan untuk membantu Syria.

Sohib mengalunka­n surah al-Kahfi dengan merdu dan sayu sekali sewaktu dalam perjalanan itu. Harapan penulis perjalanan seterusnya dipermudah­kan Allah, doa rakyat Malaysia mengiringi misi kemanusiaa­n ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SUKARELAWA­N MLLFS mengedarka­n barang bantuan pelarian Syria yang baru dari Damsyik dan Homs di Aleppo, Syria.
SUKARELAWA­N MLLFS mengedarka­n barang bantuan pelarian Syria yang baru dari Damsyik dan Homs di Aleppo, Syria.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia