Harian Metro

TAK IZIN POTONG TANGAN

„ Keluarga tolak cadangan doktor

- Mary Victoria Dass dan Izlaily Nurul Ain Hussein am@hmetro.com.my

“Dia sudah kehilangan kedua-dua kaki dan kami sekeluarga tidak sanggup melihat dia menanggung derita jika kehilangan tangan kanan pula,” kata Nurul Nabila Ahmad, 30, ibu saudara kepada Mohd Thaqif Amin Mohd Ghadaffi, 11, yang kehilangan kedua-dua kakinya apabila terpaksa dipotong berikutan cedera disebat dengan getah paip oleh pembantu warden asrama sebuah madrasah tahfiz.

Nurul Nabila berkata, keluargany­a mengambil keputusan tidak membenarka­n pembedahan memotong tangan dilakukan terhadap kanak-kanak itu walaupun di- cadangkan doktor.

Menurutnya, buat masa ini doktor hanya melakukan pembedahan mengeluark­an darah beku di tangan kanan dan memaklumka­n ada maklum balas positif.

“Mohd Thaqif mula menjalani rawatan dialisis buah pinggang. Dia juga tidak tahu kedua-dua kakinya dipotong pada 21 April lalu kerana sebelum pembedahan hingga kini, dia tidak sedarkan diri.

“Kami reda dan berserah kepada Allah kerana tidak sanggup melihatnya kehilangan tangan pula,” katanya.

Mohd Thaqif kini dirawat di Wad Penggantun­gan Tinggi (HDW) Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, semalam.

Menurutnya, keputusan untuk memasuki madrasah tahfiz berkenaan dilakukan anak saudaranya sendiri kerana meminati bidang agama.

Katanya, keluargany­a juga tidak menuding jari terhadap pengurusan madrasah tahfiz berkenaan, bagaimanap­un berharap perkara yang terjadi ke atas Mohd Thaqif dipandang serius oleh pihak berkuasa.

“Anak saudara saya tidak ada sebarang penyakit sebelum ini dan dia sihat. Memang dia pernah demam ketika di madrasah dan ibu bapanya membawanya ke klinik dan hanya memakan ubat diberikan doktor, bukan ubat tradisiona­l seperti didakwa segelintir pihak.

“Saya minta tidak ada pihak membuat kenyataan tanpa tahu hal sebenar atau merujuk dengan ahli keluarga terlebih dahulu bagi mengelak cerita yang tidak betul serta mengguris hati,” katanya.

Nurul Nabila berkata, keluargany­a menyerahka­n kepada pihak berkuasa sepenuhnya untuk melakukan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya jika apa yang berlaku ke atas Mohd Thaqif kerana kecuaian dan kesilapan pihak tertentu.

Akhbar semalam melaporkan, Mohd Thaqif kehilangan kedua-dua kakinya apabila terpaksa dipotong hingga paras paha, kira-kira tiga minggu selepas keluarga memberhent­ikannya dari sekolah berikutan parah akibat disebat menggunaka­n getah paip di kaki oleh warden asrama.

Menurut laman Facebook ibu mangsa, Felda Wani Ahmad, 40, anaknya menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya di HSI, Jumaat lalu.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Thaqif Amin menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail.
MOHD Thaqif Amin menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia