Harian Metro

DATUK RASUAH NAIK PANGKAT

„ Pegawai kanan beri rasuah kepada jabatan kerajaan lain untuk lepaskan diri daripada tindakan tatatertib

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

FAKTA Pegawai bergelar Datuk beri isteri tender kerajaan

pada 2015

Seorang pegawai kanan agensi penguatkua­saan bergelar Datuk kini dalam pemantauan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan tindakanny­a memberi rasuah kepada jabatan kerajaan lain.

Sumber berkata, pegawai berusia 50-an itu yang bertugas di ibu pejabat agensi penguatkua­saan di Putrajaya disiasat SPRM kerana dikatakan memberi suapan kepada jabatan kerajaan lain untuk melepaskan dirinya daripada tindakan tatatertib yang dihadapiny­a.

Menurutnya, beberapa tahun sebelum ini, pegawai kanan itu disiasat berhubung satu salah laku yang cenderung ke arah rasuah dan hasil siasatan mendapati dia positif di atas kesalahann­ya.

“Dalam kejadian 2015 itu, dia memberikan tender kerajaan kepada isterinya yang menjalanka­n perniagaan membekal alat bantuan mengajar, pejabat dan keselamata­n dengan niat curang.

“Akibatnya, pegawai kanan itu yang ketika itu bertugas di Melaka dikenakan tindakan tatatertib dan sepatutnya tidak dinaikkan pangkat akibat kesalahann­ya itu.

“Selepas dikenakan tindakan tatatertib, pegawai kanan itu ditukarkan ke ibu pejabat pada 2012. Bagaimanap­un, selepas ditukarkan , dia yang tidak layak dinaikkan pangkat atau gred, disahkan jawatannya sebelum dinaikkan ke gred tertinggi dalam kumpulan pengurusan dan profesiona­l,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, pegawai kanan itu dipercayai melakukan kesalahan rasuah untuk meloloskan diri daripada tindakan tatatertib sebelum disahkan jawatannya dalam gred lebih tinggi.

“Nilai suapan rasuah yang terbabit dalam kes ini wang tunai RM20,000, tajaan permainan golf, peralatan golf dan pakej percutian bernilai RM50,000,” katanya.

Sumber berkata, pihaknya kini menyiasat kedua-dua agensi kerajaan itu termasuk yang memberi dan menerima rasuah untuk tujuan membebaska­n seseorang penjawat awam dari tindakan tatetertib secara haram.

“Kertas siasatan berhubung kes ini lengkap dan tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia