Harian Metro

Patukan ular sofa usang

Budak perempuan koma empat hari makin pulih

- Aizat Sharif mohd.aizat@hmetro.com.my

“Empat hari Aziranda koma ketika dirawat di hospital akibat dipatuk ular dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan sebelum kembali sedar. Saya bersyukur dia semakin sihat dan boleh bercakap semula.”

Begitu kata Norbaidah Zainal, 40, mengenai anak perempuann­ya, Aziranda Azizi, 10, yang dipatuk di kaki kanan, lewat petang 17 April lalu ketika berada di luar rumahnya di Taman Jitra, dekat sini.

Menurutnya, ketika kejadian jam 7.40 malam, dia bersiap untuk solat Maghrib sebelum dikejutkan dengan jeritan anak sulungnya, lalu memeriksa apa yang berlaku.

Katanya, ketika itu Aziranda menangis teresak-esak sambil menunjukka­n kecederaan di kakinya dan mendakwa dipatuk ular ketika hendak mengambil anak kucing dekat sofa usang di tepi rumah.

“Dia menangis sambil menunjukka­n luka di celah ibu jari kaki kanan. Bimbang sesuatu yang buruk terjadi pada anak, saya membawanya ke Hospital Jitra yang terletak tiga kilometer dari rumah dengan motosikal,” katanya ditemui

di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam dengan ditemani suaminya, Azizi Abdul Aziz, 43.

Dia mendakwa kakitangan perubatan tidak memberikan rawatan segera kepada anaknya sebaik tiba di hospital biarpun memaklumka­n anaknya dipatuk ular.

“Anak saya ketika itu makin lemah dan tubuhnya mula bengkak. Namun yang mengecewak­an apabila petugas perubatan di hospital itu enggan memberikan rawatan segera kepada anak kerana mendakwa ada ramai lagi pesakit.

“Suami saya yang datang kemudian menunggu di hospital sehingga tengah malam sebelum anak kami diberikan rawatan. Akibat keadaan Aziranda yang semakin serius dan mula tidak sedarkan diri, dia dipindahka­n ke HSB untuk rawatan lanjut.

“Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB akibat koma dan doktor memasang alat bantuan pernafasan kepadanya kerana difahamkan bisa ular itu mula merebak ke bahagian jantung dan paru-parunya,” katanya.

Norbaidah berkata, dia dan suami bersyukur apabila Aziranda mula menunjukka­n tindak balas positif terhadap bisa ular selepas doktor menyuntikn­ya dengan pelbagai vaksin bisa ular.

“Anak saya ditempatka­n di wad untuk berehat dan menerima rawatan susulan,” katanya.

Sementara itu, bapa Aziranda berkata, anaknya adalah murid yang aktif di sekolahnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Jitra, malah pernah menerima Anugerah Pelajar Contoh 2016 sempena Hari Anugerah Cemerlang sekolah berkenaan tahun lalu.

„

 ??  ?? NORBAIDAH menunjukka­n kaki Aziranda yang dipatuk ular tedung.
NORBAIDAH menunjukka­n kaki Aziranda yang dipatuk ular tedung.
 ??  ?? KEADAAN di celah jari kaki Aziranda.
KEADAAN di celah jari kaki Aziranda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia