Harian Metro

Harung banjir lumpur di laluan Gua Musang-Lojing

-

Gua Musang: Buat kali ketiga, Jalan Gua Musang-Lojing dekat Kampung Jedip, Pos Brooke, di sini, boleh dilalui kenderaan walaupun dipenuhi banjir lumpur akibat hujan lebat, petang kelmarin.

Ini berikutan kerja-kerja membersihk­an lumpur berkenaan dilakukan pekerja kebun sayur berhampira­n sejak lewat petang itu hingga pagi semalam.

Sebelum ini kejadian sama pernah berlaku disebabkan hakisan bukit selain sebahagian­nya turut ditarah bagi tujuan pertanian.

Seorang pengguna Alwi Yusoff, 41, berkata dia bimbang melihat kekerapan banjir lumpur berlaku di laluan berkenaan apabila hujan lebat.

“Ia boleh membahayak­an nyawa pengguna kerana sukar menjangka bila akan berlaku banjir sebegitu.

“Sekiranya hakisan disebabkan pembukaan tanah untuk kerja pertanian, maka saya mohon kerajaan buat sesuatu supaya jalan ini tidak menjadi lokasi berbahaya hingga mengorbank­an nyawa pengguna,” katanya.

Penghulu Pos Hendrop, Bidi Ronggeng berkata, masalah hakisan berlaku berhampira­n rumah penduduk Orang Asli dan dibimbangi akan membahayak­an nyawa mereka.

“Kira-kira 100 meter dari lokasi limpahan lumpur itu adalah Kampung Jedip. Kita bimbang jika hakisan makin buruk boleh membahayak­an nyawa penduduk pula. Lagipun ini sudah kejadian ketiga sekali gus berharap pihak berkuasa memandang serius perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Gua Musang, Fadhlil Wafi Nordin ketika dihubungi berkata, laluan sepanjang 70 meter di kawasan terbabit tenggelam akibat banjir lumpur dan pihaknya mengarahka­n pengusaha kebun sayur berhampira­n untuk membersihk­annya.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkina­n kejadian berlaku disebabkan pembukaan tanah untuk kerja pertanian.

“Kita akan memperinci­kan keadaan ini dan meminta pihak bertanggun­gjawab mengambil langkah keselamata­n bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

 ??  ?? KENDERAAN di Jalan Gua Musang-Lojing terpaksa mengharung­i banjir lumpur.
KENDERAAN di Jalan Gua Musang-Lojing terpaksa mengharung­i banjir lumpur.
 ??  ?? LUMPUR turun dari bukit yang digondol pengusaha kebun.
LUMPUR turun dari bukit yang digondol pengusaha kebun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia