Harian Metro

Pegawai bergelar Datuk didakwa bila-bila masa

-

Melaka: Seorang pegawai kerajaan bergelar Datuk yang dikaitkan dengan dua kes rasuah berprofil tinggi membabitka­n projek kerajaan Melaka dipercayai didakwa pada bila-bila masa.

Difahamkan, pegawai terbabit dilantik sebagai Setiausaha Tugas-tugas Khas Barisan Nasional (BN) negeri buat sementara, berikutan Setiausaha Eksekutif parti negeri Datuk Shamsudin Mehat dikatakan kurang sihat.

Pelantikan jawatan secara tidak rasmi itu diumum Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri dalam satu mesyuarat bersama Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Klebang Kecil, di sini, Rabu lalu.

Menurut sumber, pegawai yang bertugas di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pernah direman pada 29 November tahun lalu selepas disyaki meminta wang suapan bagi projek berkaitan PBT dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun bank milik suspek yang mempunyai wang berjuta-juta ringgit.

Peguam bela, Azrul Zulkifli Stork yang masih mewakili pegawai terbabit dalam kes berkaitan ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak dimaklumka­n mengenai perkara itu (anak guam didakwa) setakat ini.

“Saya tidak dimaklumka­n mengenai bila anak guam saya akan didakwa setakat ini, saya beritahu kalau ada,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Operasi SPRM Datuk Azam Baki enggan mengesahka­n perkara itu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Datuk itu ditahan bagi membantu siasatan sogokan projek PBT, selain membekukan 22 akaun bank dan aset bernilai RM11 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia