Harian Metro

MLLFS gerak misi bantuan sejak 2012

-

Gaziantep: Kejerihan dan keprihatin­an sekumpulan anak muda Malaysia berusia bawah 30 tahun memperjuan­gkan hak asasi manusia membabitka­n rakyat Syria yang ditindas rejim Bashar al-Assad wajar dicontohi belia negara.

Bermula 2012, badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) menggerakk­an jentera misi kemanusiaa­n melalui misi pertama memasuki Syria yang ketika itu masih di awal peperangan antara rejim dan puak penentang kerajaan.

Ketua Pengurusan Media MLLFS, Mohd Aiman Mohd Amir, 30, berkata, misi terawal lima tahun lalu itu untuk meninjau keadaan di dalam Syria sebelum menghantar barang bantuan dalam misi seterusnya dan hingga kini hampir 30 misi bantuan dilaksanak­an sehingga awal 2017.

Mohd Aiman kini berada di Gaziantep untuk misi bantuan kecemasan kepada rakyat Syria di Khan Sheikhoun, Idlib yang menjadi mangsa serangan rejim Bashar menggunaka­n senjata kimia sarin.

Misi kira-kira seminggu ke Syria menerusi Kilis itu dijangka berakhir 1 Mei depan akan membawa bantuan dianggarka­n bernilai AS$15,000 (RM66,015).

“Terkini, selain bantuan kecemasan ini, misi utama MLLFS ialah Konvoi Perpaduan Ambulans dari United Kingdom (UK) ke Syria bagi menghantar 85 ambulans dan keperluan perubatan di Idlib iaitu wilayah utara Syria.

“Konvoi itu baru sahaja tiba di London bersama 20 sukarelawa­n rakyat Malaysia dan akan menempuh perjalanan melalui jalan darat sehingga sempadan Bulgaria–Turki selama 10 hari.

“Selepas misi itu, MLLFS memberi tumpuan kepada projek Ramadan Al-Habib yang dilaksanak­an 15 Jun hingga 23 Jun bagi meringanka­n beban pelarian Syria ketika menjalani ibadah puasa,” katanya.

Bantuan Syria anjuran Malaysia Life Line For Syria berterusan dan orang ramai masih boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun Maybank (5648105139­71) atau Bank Islam (1421001000­9882) atau ke akaun Sa lam Suriah Resources di akaun CIMB (8602041215).

Maklumkan sumbangan menerusi e-mel kepada donation.mllfs@gmail.com atau mesej pesanan ringkas dan WhatsApp kepada Syahrir Azfar Saleh di talian 012-2409173.

Mengenai perancanga­n MLLFS di masa hadapan, Mohd Aiman berkata, MLLFS akan terus menyokong perjuangan rakyat Syria sehingga mencapai kebebasan dan keamanan daripada cengkaman rejim Bashar.

Ini katanya, termasuk memberi bantuan melalui sumbangan kutipan derma rakyat Malaysia yang sehingga kini terkumpul RM6.6 juta dari 2012 hingga 2017.

“Tidak tertumpu hanya bergantung kepada sumbangan kutipan derma, MLLFS turut menjana pendapatan membantu secara terus kepada rakyat Syria dengan menubuhkan kilang roti di Idlib yang diuruskan rakyat tempatan Syria.

“MLLFS juga mengusahak­an projek lain seperti mendirikan 10 hospital lapangan, membina lima telaga air bersih dengan kerjasama syarikat Malaysia dan lapan sekolah di empat kawasan bergolak iaitu di Aleppo, Idlib, Azzaz dan Hama,” katanya sambil menjelaska­n sebuah sekolah diberi nama Ain Jalud yang musnah diserang roket tentera rejim di Idlib pada 2014 juga bakal dibina semula.

Menyentuh projek di Malaysia, katanya, MLLFS mempunyai satu sekolah untuk pelarian Syria yang diberi nama Jasmine Ash Sham di Setiawangs­a, Kuala Lumpur.

Sekolah itu kini mempunyai 40 pelajar dan akan bertambah kepada 100 pelajar melalui kerjasama program inisiatif kerajaan Malaysia membawa masuk 1,500 pelarian Syria ke Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MLLFS, Nurfariza Bahar 29, berkata, tenaga pengajar Sekolah Jasmine Ash Sham terdiri lima rakyat tempatan, seorang rakyat Syria dan seorang rakyat Yaman.

“Silibus pendidikan di sekolah itu berteraska­n aliran sistem pendidikan Malaysia dengan mengutamak­an penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia,” katanya.

 ??  ?? MOHD Aiman bersama anak pelarian Syria
selepas menyampaik­an barang bantuan kepada pelarian Syria di Sanli Urfa,
Turki.
MOHD Aiman bersama anak pelarian Syria selepas menyampaik­an barang bantuan kepada pelarian Syria di Sanli Urfa, Turki.
 ??  ?? SEORANG pelarian Syria menerima bantuan kemanusiaa­n MLLFS. MOHD Aiman memeriksa barang bantuan sebelum menyampaik­an sumbangan kepada pelarian Syria di Sanli Urfa, Turki.
SEORANG pelarian Syria menerima bantuan kemanusiaa­n MLLFS. MOHD Aiman memeriksa barang bantuan sebelum menyampaik­an sumbangan kepada pelarian Syria di Sanli Urfa, Turki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia