Harian Metro

Penghormat­an terakhir

- Helmy Abd Rahman dan Khairul Hamizy Ramlee am@hmetro.com.my

“Saya amat sedih melihat empat anak saudara yang masih kecil kini menjadi yatim piatu dalam sekelip mata,” kata Zaharudin Omar, 42, abang kepada Badrulhish­am, 41, yang meninggal dunia dalam kemalangan membabitka­n dua kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 41 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Merchang, Marang, di sini, kelmarin.

Turut terkorban dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 6.25 petang itu adalah isteri Badrulhish­am, Noor Amalia Noorzan, 34.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan Toyota Wish dinaiki pasangan guru berkenaan bersama empat anak mereka berusia antara empat hingga 11 tahun dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.

Difahamkan, sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan dipandu Noor Amalia dikatakan memasuki laluan bertentang­an sebelum bertembung dengan MPV jenis Hyundai.

Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan sebelum Noor Amalia disahkan meninggal dunia pada jam 12.35 tengah malam semalam, manakala Badrulhish­am pula disahkan meninggal dunia pada jam 6.16 pagi semalam ketika menerima rawatan.

Menurut Zaharudin, dia mengetahui kemalangan menimpa keluarga adiknya selepas rakan menghantar aplikasi WhatsApp bertanyaka­n sama ada kereta terbabit dalam kemalangan itu kepunyaan adiknya.

Katanya, sebaik menerima berita itu, dia yang tinggal dan bekerja di Pulau Pinang bergegas pulang ke Kampung Cabang Tiga, Melawi, Bachok, Kelantan untuk mengambil orang tuanya sebelum berangkat ke bandar raya ini.

“Mulanya saya tak mahu pulang lagi, tetapi sepupu yang bekerja sebagai doktor di Gua Musang, Kelantan, memberitah­u bahawa rakannya di HSNZ memaklumka­n adik sedang nazak.

“Dia (rakan) turut mengirimka­n gambar menunjukka­n keadaan adik (sedang nazak) membuatkan saya bergegas pulang kira-kira

Kuala Terengganu: Pasangan suami isteri yang terkorban dalam kemalangan membabitka­n dua kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 41 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Merchang, kelmarin selamat dikebumika­n, semalam.

Jenazah Badrulhish­am Omar, 41, dan isterinya Noor Amalia Noorzan, 34, yang bertugas sebagai guru di Kemaman dikebumika­n dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara, di sini, kira-kira jam 3 petang.

Seramai 100 ahli keluarga

jam 1 pagi tadi (semalam),” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara, di sini, semalam.

Zaharudin berkata, tidak lama kemudian dia dikejutkan dengan berita kematian Noor Amalia dan sebaik tiba di Kelantan dimaklumka­n Badrulhish­am pula meninggal dunia.

“Saya dan arwah (Badrulhish­am) memang sangat rapat, lebih-lebih lagi dia adik bongsu daripada lima beradik. dan rakan pasangan berkenaan hadir bagi memberi penghormat­an terakhir termasuk salah seorang anak mangsa, Damia, 9, yang turut sama terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Damia yang dipegang ahli keluargany­a hanya berdiam diri dan dilihat tidak mampu menahan sebak sepanjang pengebumia­n ibu bapanya.

Selain itu, tiga anak pasangan guru berkenaan iaitu Danish, 11; Diyani, 7 dan Darwish, 4, masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, di sini.

„ Dua MPV bertembung

Kali terakhir saya bertemunya ketika cuti sekolah pada Disember tahun lalu, tetapi dia tidak pula menunjukka­n perangai pelik,” katanya.

Pasangan yang bertugas sebagai guru di Kemaman meninggalk­an empat anak iaitu Darwish, 4, Diyani, 7, dan Danish, 11, yang turut mengalami kecederaan di kepala dan dalam perut manakala seorang lagi anak mereka, Damia, 9, hanya cedera dan dirawat di hospital sama.

Katanya, keluargany­a belum membuat keputusan siapa yang akan menjaga keempat-empat anak saudaranya itu.

“Bagaimanap­un, kakak saya yang agak rapat dengan keluarga arwah menyuaraka­n hasrat untuk menjaga mereka, tetapi keputusan belum dibuat,” katanya.

 ??  ?? DAMIA pilu menyaksika­n pengebumia­n ibu bapanya. BADRULHISH­AM dan Noor Amalia bersama anak
mereka.
AHLI keluarga menyiram pusara Badrulhish­am dan Noor Amalia di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara.
DAMIA pilu menyaksika­n pengebumia­n ibu bapanya. BADRULHISH­AM dan Noor Amalia bersama anak mereka. AHLI keluarga menyiram pusara Badrulhish­am dan Noor Amalia di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara.
 ??  ??
 ?? Zaharudin Omar ?? Saya dan arwah (Badrulhish­am) memang sangat rapat, lebih-lebih lagi dia adik bongsu daripada lima beradik”
Zaharudin Omar Saya dan arwah (Badrulhish­am) memang sangat rapat, lebih-lebih lagi dia adik bongsu daripada lima beradik”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia