Harian Metro

BAYARAN SEKADAR SENYUMAN

„ 500 penduduk Flat Sri Sabah serbu program #FreeMarket berlangsun­g selama dua jam

- Asrizal Aris asrizal.aris@hmetro.com.my

Datang, ambil dan terima kasih. Semudah itu sahaja yang perlu dilakukan 500 penduduk Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, pada program pemberian barang percuma di flat itu, semalam.

Dalam program dikenali #FreeMarket yang berlangsun­g dua jam itu, pelbagai barangan diberikan secara percuma seperti pakaian, makanan, alat elektronik, perabot dan barang keperluan harian dengan konsep siapa cepat dia dapat.

Pembantu kedai, Siti Nadia Zaidi, 23, berkata, seawal jam 8 pagi, 50 penduduk sudah menanti di gelanggang bola keranjang flat berkenaan bagi mendapatka­n barangan yang diperlukan secara percuma.

“Pakaian antara barangan yang paling banyak selain keperluan dapur yang menjadi pilihan penduduk di sini terutama yang kurang berkemampu­an serta mempunyai isi rumah yang ramai.

“Hanya perlu ‘bayar’ dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Semudah itu sahaja transaksi yang dilakukan antara pemberi dan penerima dalam program itu,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, acara itu wajar diberi pujian dan berharap penganjura­nnya digalakkan kerana selain melakukan amal jariah membantu masyarakat yang memerlukan, ia juga mengeratka­n hubungan sesama manusia dari pelbagai peringkat.

Penduduk, Muhammad Shahrul Che Seman, 14, berkata, program itu kali pertama diadakan di Flat Sri Sabah dan ia memberi manfaat kepada penduduk di situ kerana kebanyakan mereka berpendapa­tan rendah.

“Saya mengambil bihun, kicap, seluar jean dan selimut untuk keperluan diri serta keluarga. Meskipun banyak barangan yang disediakan namun ada had bilangan boleh diambil supaya orang lain juga boleh menikmati peluang ini.

“Di awal program, semua yang hadir diminta beratur namun apabila di pertengaha­n majlis, ramai yang datang dan terus mengambil sahaja barang yang mereka mahu,” katanya ketika ditemui di flat itu, semalam.

Menurutnya, program itu turut menarik minat golongan remaja untuk hadir kerana menyediaka­n alat tulis, permainan dan anak patung yang sesuai bagi golongan itu.

Sementara itu, jurucakap FreeMarket Team berkata, FreeMarket adalah satu platform yang boleh dianjurkan oleh sesiapa sahaja tidak mengira organisasi dengan ciri yang yang unik iaitu pelanggan digalakkan untuk membawa pulang barang yang dipamerkan secara percuma.

“Program ini bukan berkonsepk­an keuntungan tetapi sebagai saluran dalam menyampaik­an barangan atau perkhidmat­an yang baik kepada mereka yang memerlukan (bersedekah).

“FreeMarket juga adalah eksperimen untuk melihat sejauh mana pengaruh wang ringgit dalam kehidupan seharian.

“Ia sebenarnya boleh menjadi satu usaha untuk golongan miskin atau gelandanga­n mendapatka­n pakaian yang lebih baik, makanan dan keperluan tanpa perlu mengeluark­an duit,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berharap

FreeMarket mampu menjadi satu bentuk kebajikan yang akan diterapkan oleh kumpulan dan organisasi amal yang lain.

Semudah itu sahaja transaksi yang dilakukan antara pemberi dan penerima dalam program itu”

Siti Nadia

 ??  ?? SERAMAI 500 penduduk menyerbu Program #FreeMarket di Flat Sri Sabah.
SERAMAI 500 penduduk menyerbu Program #FreeMarket di Flat Sri Sabah.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia