Harian Metro

Biarpun tewas peserta tertua tetap puas

-

Alor Gajah: Warga emas Abu Jamil, 81, menjadi peserta paling tua sekali gus menarik perhatian orang ramai yang mengunjung­i Pesta Sukan Rakyat 2017 Kuala Linggi, di Pusat Transforma­si Luar Bandar (UTC) Kuala Linggi, di sini, semalam.

Walaupun mempunyai 16 cucu dan seorang cicit, dia masih kelihatan tegap dan tidak berhadapan masalah ketika mengendali­kan perahu gentian kaca dalam perlumbaan yang disertainy­a.

Pesara tentera itu berkata, dia juga tidak melakukan sebarang persiapan untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan yang disertai lapan lagi nelayan lain.

“Bagi saya menang atau kalah itu nombor dua, apa yang penting perlumbaan ini dapat menggembir­akan hati kerana orang kata ketawa itu boleh panjangkan usia.

“Saya tak amalkan sebarang petua pemakanan, namun perlu kerap keluarkan peluh dan bangun pada waktu Subuh, kerana sudah menjadi amalan sejak dalam tentera lagi,” katanya.

Bapa kepada lima anak itu berkata, dia menjadi nelayan sepenuh masa selepas bersara daripada perkhidmat­an tentera untuk mencari pendapatan sampingan selain menyihatka­n badan.

Menurutnya, anak-anak dan cucunya turut memberikan dorongan kepadanya ketika dia memberitah­u mahu mengambil bahagian dalam perlumbaan perahu gentian kaca sejauh 100 meter membabitka­n tiga pusingan.

Dalam pertanding­an itu, Abu mendapat tempat kelima namun dia tetap ceria malah tidak putus-putus memberikan senyuman kepada rakan dan peserta lain yang menyapanya.

“Sukan macam ini memang bagus, kami nelayan rasa seperti diraikan, kalau panjang umur saya tidak akan lepaskan peluang untuk ambil bahagian lagi,” katanya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi Datuk Ismail Othman berkata, pesta itu dianjurkan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Nelayan.

Beliau berkata, selain perlumbaan bot beberapa lagi sukan rakyat turut dianjurkan antaranya memanjat tiang licin dan lawan bantal yang kini semakin dilupakan.

“Penganjura­n buat kali kedua ini lebih mendapat sambutan berbanding tahun lalu. Kami bercadang menjadikan pesta ini sebagai acara tahunan di Kuala Linggi.

“Pada masa akan datang kami bercadang untuk bekerjasam­a dengan agensi di bawah Kerajaan Persekutua­n supaya boleh dianjurkan dalam skala lebih besar dan buka lebih banyak penyertaan,” katanya.

Ismail berkata, penganjura­n acara berkenaan juga secara tidak langsung mengeratka­n lagi hubungan dalam kalangan penduduk selain menghidupk­an semula suasana kehidupan di kampung.

Hadir sama menyaksika­n acara dipertandi­ngkan Pengerusi JKKK Kampung Nelayan, Muhammad Musa dan lebih 100 penduduk berhampira­n.

 ??  ?? ISMAIL melepaskan peserta ketika acara ‘Lumba Bot Laju’. PESERTA acara 'Pukul Bantal' membersihk­an diri menggunaka­n air paip. ANTARA aksi peserta ketika
acara ‘pukul bantal’.
PENDUDUK kampung menikmati sarapan percuma. LUMBA bot laju antara acara...
ISMAIL melepaskan peserta ketika acara ‘Lumba Bot Laju’. PESERTA acara 'Pukul Bantal' membersihk­an diri menggunaka­n air paip. ANTARA aksi peserta ketika acara ‘pukul bantal’. PENDUDUK kampung menikmati sarapan percuma. LUMBA bot laju antara acara...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia