Harian Metro

Sifat kepimpinan sentiasa dikagumi

-

Kuala Lumpur: Sempena pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, Istana Negara mengeluark­an profil Seri Paduka Baginda seperti berikut : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah diputeraka­n pada tanggal 6 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail 1 Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Antarabang­sa Kuala Lumpur. Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada ulang tahun keputeraan baginda yang ke-16 iaitu pada 6 Oktober 1985.

Minat baginda yang mendalam terhadap bidang ilmu dan pendidikan telah mendorong baginda untuk berangkat ke England bagi menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga tahun 1989.

Seterusnya baginda melanjutka­n pelajaran dalam bidang Pengajian Diplomatik di St. Cross College, Oxford dan dalam bidang Pengajian Islam di Oxford Centre sehingga 1991.

Pada tanggal 24 Mei 2009, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan. Pada 13 September 2010 baginda telah menaiki takhta Kerajaan Negeri Kelantan dan menggunaka­n gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurk­an sebagai Sultan Kelantan ke-29. Seterusnya pada 13 Disember 2011, baginda dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dan pada tahun 2016, Majlis Raja-Raja sudah melantik baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 berkuat kuasa pada 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun. Istiadat melafaz sumpah jawatan telah disempurna­kan pada 13 Disember 2016. Bidang pendidikan adalah bidang yang amat diberi perhatian oleh Seri Paduka.

Sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), baginda akan berangkat bercemar duli ke setiap istiadat konvokesye­n yang dianjurkan universiti berkenaan.

Dalam bidang ketenteraa­n pula, sifat kepimpinan baginda senantiasa dikagumi. Seri Paduka Baginda telah dilantik menjadi Kolonel Yang Di-Pertua Rejimen Artileri DiRaja sehingga kini. Dengan pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Baginda turut membabitka­n diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain aktif berperanan dalam organisasi berkaitan keselamata­n dan ketenteraa­n.

Baginda amat meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan ekuestrian selain meminati sukan memanah dan menembak dan gemar memelihara hidupan liar.

Selain daripada aktif dalam persatuan, baginda juga mempunyai minat memelihara haiwan seperti kuda dan rusa. Baginda amat mengambil berat terhadap pengawasan binatang peliharaan tersebut, justeru tanpa rasa jemu, baginda sendiri akan berangkat bagi memastikan tahap penjagaan yang sempurna dilaksanak­an di taman haiwan berkenaan.

Seri Paduka Baginda telah berkenan menjadi Penaung kepada pelbagai persatuan dan kelab iaitu : Persatuan Menembak Kelantan; Yayasan Sultan Kelantan (YSK); Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan; Persatuan Perubatan Anti-Penuaan Aestetik Rejenerati­f Malaysia (SAAARMM); Persatuan Bulan Sabit Merah; Persatuan Sukan Berkuda; Persatuan Motor 4 x 4; Persatuan Memanah.

Sultan Muhammad V telah dianugerah­kan dengan pelbagai

Darjah

Kebesaran iaitu:

D.K. (1986),

D.M.N.

(2010), D.K.

(Selangor - Januari 2011)., D.K.

(Negeri Sembilan April 2011)., D.K.

(Johor - 2011)., D.K. (Perak - Julai 2011)., D.K. (Perlis - Oktober 2011)., D.K. (Kedah - Mac 2012)., D.K.(Terengganu - November 2014)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K., dan D.K.M (2017) dan Seri Paduka Baginda sememangny­a terkenal dengan sifat seorang Raja yang amat berhemah tinggi, mempunyai tutur kata yang lemah-lembut dan sopan santun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia