Harian Metro

Rindu anak panggil ‘umi’

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

„ Wanita berharap dapat dengar suara zuriat derita barah otak

Kali terakhir Nurbasirah Damia Zawawi, 11, yang menghidap barah otak menyebut umi adalah sebulan lalu dan hingga kini ibunya Erny Nazila Ariffin, 42, masih memasang harapan tinggi untuk mendengar suara anak perempuann­ya memanggiln­ya dengan panggilan berkenaan.

Erny Nazila berkata, anaknya disahkan menghidap penyakit yang membawa maut itu sejak empat tahun lalu dan sudah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dan lebihan cecair di kepala pada 19 Mac lalu.

“Sebelum dibawa ke bilik bedah, dia masih boleh bercakap dan memanggil saya untuk dekat dengan dia. Perkataan terakhirny­a ketika itu, ‘mana umi .... mana umi’ sebelum dia dipersiapk­an untuk pembedahan.

“Selepas pembedahan selesai, tiada lagi suara manjanya dan panggilan umi. Sebaliknya, keadaan Damia semakin lemah disebabkan sel kanser semakin merebak, malah doktor juga memaklumka­n hayat anak saya dijangka tidak lama.

“Luluh sungguh hati saya mendengar kenyataan itu. Saya masih berharap ada keajaiban dan dia akan pulih seperti sediakala walaupun sedar, semuanya kuasa Allah SWT,” katanya ketika ditemui di Wad Onkologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini.

Melihat keadaan anaknya semakin tidak bermaya, Erny Nazila mengakui sedih dan berharap penderitaa­n anak syurga itu akan berakhir.

Bagaimanap­un harapannya sebelum Nurbasirah dijemput Ilahi, dia mahu anak bongsu daripada tiga beradik itu sedar dan bersuara walaupun dengan hanya mengungkap perkataan umi.

“Sebelum Allah menjemputn­ya, saya harap sangat dapat dengar suaranya walaupun hanya sebut umi. Saya rindukanny­a,” katanya yang memberitah­u anaknya menderita kanser sejak 2014 selepas mengalami simptom muntah, rabun, demam berpanjang­an dan sukar bergerak.

Katanya, dia sekeluarga ketika itu tinggal di Gemas, Negeri Sembilan dan membuat keputusan pulang ke kampung halaman di Machang, di sini, untuk meneruskan rawatan Nurbasirah di HUSM.

“Doktor sudah berpesan bahawa Nurbasirah sudah tiada harapan, malah mereka menyuruh kami bawa dia pulang, namun saya tidak bersedia kerana kelengkapa­n di rumah tidak mencukupi.

“Saya dan suami sekarang sedang berusaha mencari katil sesuai untuk dia dan mengumpul modal untuk memasang penghawa dingin di dalam bilik yang akan menempatka­n Nurbasirah nanti,” katanya.

Bapa Nurbasirah, Zawawi Mat Noor, 42, berkata dia dan isteri membuat keputusan untuk tidak membenarka­n sebarang pembedahan dilakukan kerana terlalu sedih melihat keadaan anak mereka.

Katanya, sejak tiga tahun lalu mereka sekeluarga menjadi penghuni tetap di HUSM.

“Jika sebelum

ini saya membantu ibu bapa lain menguruska­n jenazah anak mereka di hospital ini, tetapi kali ini siapa yang akan membantu saya untuk uruskan anak sendiri,” katanya dalam nada sayu.

 ?? FOTO: NIK ABDULLAH NIK OMAR ?? ERNY Nazila menemani Nurbasirah yang kini dirawat di HUSM Kubang Kerian. Gambar kecil, keadaan Nurbasirah ketika sihat.
FOTO: NIK ABDULLAH NIK OMAR ERNY Nazila menemani Nurbasirah yang kini dirawat di HUSM Kubang Kerian. Gambar kecil, keadaan Nurbasirah ketika sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia