Harian Metro

Suami hanya mampu menangis

-

Kuala Lumpur: Bukan sekadar diuji suaminya menghidap penyakit angin ahmar seluruh badan, wanita ini juga runsing memikirkan kewangan keluarga yang terjejas sejak sebulan lalu.

Ini kerana wang diperlukan Zarinawati Mohamed, 47, untuk membeli barangan keperluan suaminya Bahrudin Osman, 54, mencecah RM1,000 sebulan termasuk susu khas dan lampin pakai buang.

Lebih memburukka­n keadaan apabila Zarinawati yang bertugas sebagai guru agama terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan bagi menguruska­n suaminya yang sakit.

Di atas keprihatin­an orang ramai yang sering menghulurk­an sumbangan dapat membantu meringanka­n beban keluarga berkenaan untuk menikmati kehidupan lebih baik.

Zarinawati berkata, selain angin ahmar suaminya tu- rut menghidap penyakit lain iaitu kencing manis menyebabka­n Bahrudin perlu bergantung sepenuhnya susu khas setiap hari.

“Suami saya tidak boleh lagi bergerak dan hanya terlantar di atas katil selain perlu diuruskan sepenuhnya setiap hari seperti bayi.

“Suami juga tidak boleh bercakap dan sering mengalirka­n air mata kerana dia tidak dapat meluahkan perasaanny­a,” katanya ketika ditemui di kediaman sewanya di Taman Lembah Maju, di sini.

Katanya, pendapatan­nya bertugas sebagai guru agama RM1,400 sebulan tidak mencukupi kerana perlu melunaskan bayaran sewa rumah RM950 sebulan dan ditambah lagi untuk membeli keperluan suami.

“Saya ada terfikir untuk membawa keluarga pulang ke kampung halaman di Perak kerana bimbang tidak dapat menampung kos perbelanja­an itu.

“Namun ia bergantung kepada keadaan kesihatan suami dan berharap ada keajaiban berlaku ke atas suami,”katanya.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia tidak menyangka aduan suami mengatakan kepalanya berpusing dan tubuh badan melayang-layang sebaik bangun tidur adalah petanda dia menghidap penyakit angin ahmar.

“Memang saya rasa ‘down’ tetapi tidak boleh menunjukka­n kelemahan itu di hadapan suami dan anak.

“Saya perlu kuat untuk mereka walaupun pada hakikatnya adalah sebaliknya,”katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 5645481068­35 atas nama Bahruddin Osman.

 ??  ?? ZARINAWATI menguruska­n suaminya yang menghidap penyakit angin ahmar.
ZARINAWATI menguruska­n suaminya yang menghidap penyakit angin ahmar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia