Harian Metro

Saya mahu tenangkan diri

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

„ Mangsa culik kumpulan Abu Sayyaf pulang ke kampung halaman selepas hampir lima tahun

Mangsa culik kumpulan pengganas Abu Sayyaf, Mohd Ridzuan Ismail, 33, akhirnya pulang ke pangkuan keluarga pada Rabu lalu selepas tidak menjejakka­n kaki ke kampung halaman hampir lima tahun lalu.

Ini berikutan kali terakhir Mohd Ridzuan pulang ke FELDA Jengka 7, di sini, pada Februari 2013 lalu berikutan pemergian ibunya, Salma Arsyad yang meninggal dunia akibat leukemia sebelum kembali semula ke Sabah untuk bekerja dan diculik pada tahun lalu.

Mohd Ridzuan yang juga bapa kepada tiga anak berkata, kepulangan­nya ke kampung halaman selepas tragedi itu bagi menenangka­n diri dan merehatkan fikiran.

“Saya masih trauma dengan kejadian itu... jadi bagi mententera­mkan fikiran, saya mengambil keputusan pulang ke kampung bersama isteri, anak dan ibu mentua.

“Pada masa sama, kepulangan saya juga bertujuan mengambil dokumen peribadi seperti sijil tamat sekolah yang sedang disiapkan sebelum dihantar kepada Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) sebagai syarat permohonan jawatan,” katanya ketika ditemui di rumah keluargany­a di FELDA Jengka 7, semalam.

Katanya, sejak berada di kampung halaman, dia tidak putus-putus menerima kunjungan daripada penduduk kampung termasuk sanak-saudara.

“Saya terharu orang kampung datang ke rumah dan turut mengadakan kenduri doa selamat, tahlil dan akikah anak saya pada Khamis lalu. Saya percaya sokongan dan berkat doa mereka, ahli keluarga serta orang ramai yang membuatkan saya selamat dalam kejadian itu,” katanya.

Katanya, dia kini menyerahka­n rezeki kepada Tuhan berhubung permohonan­nya sebagai anggota APMM.

“Jika tidak berjaya pun, saya tetap bersyukur kerana boleh bersama keluarga,” katanya.

 ??  ?? MOHD Ridzuan (dua dari kanan) ketika ditemui di rumah abangnya, Mohd Raisuddin Ismail (kanan).
MOHD Ridzuan (dua dari kanan) ketika ditemui di rumah abangnya, Mohd Raisuddin Ismail (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia