Harian Metro

‘Kami akan lebih peka’

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Primeworks Studio Sdn Bhd (PWS) memohon maaf kepada bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek berikutan isu program lawak, Sukan Tak Sentral yang mempersend­a nama mendiang bapanya.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya sudah memberi peringatan kepada semua kakitangan untuk sentiasa peka dan sensitif dalam setiap rancangan yang diterbitka­n.

“Saya mewakili PWS dan penerbit rancangan Sukan Tak Sentral bagi pihak TV3 dan TV9 dengan rendah diri memohon maaf kepada Watson kerana mempersend­akan nama baik bapanya.

“Sehubungan itu, kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah kerja operasi bagi mengelakka­n kejadian ini berulang. Kejadian yang berlaku ini memberi pengajaran kepada kami untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling,” katanya.

Ahmad Izham berkata, pihaknya sangat menghormat­i Watson, bapa dan keluargany­a kerana dia adalah atlet yang sudah banyak mengharumk­an nama negara.

“Dengan itu, kami sekali lagi memohon maaf di atas kesilapan kami dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.

Program berkenaan dihoskan Ammar Titan yang juga penyampai radio Hot FM bersama penyanyi dan pelakon, Marsha Milan.

Dalam program itu, Ammar menyebut nama bapa Watson

„ PWS mohon maaf kepada bekas jaguh pecut negara berikutan isu program lawak

dengan mengeluark­an bunyi seperti haiwan.

Ia ditayangka­n di TV9 pada Ogos tahun lalu sebelum diulang tayang di TV3, jam 11.30 malam kelmarin.

Sementara itu, Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan turut memohon maaf kepada Watson dan keluargany­a kerana mempersend­akan nama baik bapanya tanpa disedari.

Ammar berkata, dia amat menghormat­i bekas atlet negara itu atas kejayaanny­a mengharumk­an nama Malaysia di peringkat antarabang­sa.

“Saya juga amat berterima kasih dan menerima segala komen yang diberikan. Ia akan dijadikan panduan untuk saya menjalanka­n tugas pada masa akan datang bagi menjaga sensitivit­i rakyat dan negara.

“Sekali lagi saya memohon maaf di atas kesilapan ini dan memastikan perkara ini tidak akan berulang,” katanya.

Terdahulu Watson meluahkan rasa kecewa dengan tindakan stesen televisyen berkenaan yang didakwa menghina mendiang bapanya.

Watson yang juga bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter berang apabila pihak terbabit menyamakan bapanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu dengan haiwan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia