Harian Metro

Pelan tindakan bantu kaum India tingkat sosioekono­mi

-

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n beberapa perkara penting melalui Pelan Tindakan Masyarakat India, sekali gus mencermink­an pendirian dan kesungguha­n kerajaan meningkatk­an taraf sosioekono­mi kaum itu.

“Sukacita saya mengumumka­n komitmen kerajaan untuk memperuntu­kkan RM500 juta bagi skim dana saham bawah Permodalan Nasional Berhad khas untuk kumpulan sasaran dalam golongan B40 (golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah) kaum India.

“Saya (juga) bersetuju untuk penubuhan Revolving Fund (Dana Pusingan) berjumlah RM500 juta bagi memenuhi keperluan pinjaman perniagaan masyarakat India,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kesihatan merangkap Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramania­m, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri S A Vigneswara­n, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan Duta Khas (Infrastruk­tur) ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S Samy Vellu.

Pembanguna­n pelan tindakan ini menekankan penyatuan dalam modaliti pelaksanaa­n yang bertumpu kepada empat tonggak utama iaitu memenuhi keperluan asas, merealisas­ikan potensi setiap kanak-kanak, meningkatk­an pendapatan dan kekayaan serta peningkata­n penyertaan sosial.

Najib berkata, pelan tindakan ini bagi merapatkan jurang antara kumpulan etnik dalam pencapaian pendidikan dan memastikan tahap pencapaian pendidikan minimum tercapai untuk anak kaum India.

Katanya, sistem meritokras­i diguna pakai kini menjejaska­n enrolmen pelajar komuniti India.

Justeru, katanya, intervensi tertentu perlu dilakukan untuk meningkatk­an enrolmen pelajar India di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seperti universiti, kolej dan politeknik kepada sekurang-kurangnya tujuh peratus.

“Usaha ini berpaksika­n kepada kejayaan kita dalam peningkata­n pelajar India di politeknik kerajaan sebanyak 10 peratus daripada jumlah keseluruha­n dan kolej matrikulas­i sebanyak 1,500 pelajar setiap tahun.

“Dari segi pendidikan vernakular pula, saya mengesahka­n pendirian kerajaan kita akan memelihara sistem pendidikan sedia ada.

“Kita juga ingin melihat penubuhan prasekolah di setiap sekolah Tamil yang mempunyai bilangan murid mencukupi,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan menetapkan sasaranmen­ingkatkan penyertaan kaum India dalam perkhidmat­an awam kepada tujuh peratus.

 ??  ?? NAJIB, Zahid dan Subramania­m pada majlis pelancaran pelan tindakan masyarakat India Malaysia, semalam. LS Karamjeet Kaur menunjukka­n buku
pelan tindakan yang dilancarka­n,
semalam.
NAJIB, Zahid dan Subramania­m pada majlis pelancaran pelan tindakan masyarakat India Malaysia, semalam. LS Karamjeet Kaur menunjukka­n buku pelan tindakan yang dilancarka­n, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia