Harian Metro

Ketepi perbezaan pertahan keharmonia­n Bersatu di sebalik kepelbagai­an

- Idris Musa idris@hmetro.com.m

Kuala Lumpur: Rakyat perlu mengetepik­an perbezaan etnik, budaya dan agama untuk mewujudkan dan mempertaha­nkan keharmonia­n yang lama terbina di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pihak perlu sedar tugas mempertaha­nkan keharmonia­n lebih sukar daripada membinanya.

Katanya, usaha mewujudkan keamanan di negara ini termasuk menolak fahaman extremis agama yang kian menular dalam masyarakat.

“Sebagai masyarakat Malaysia, kita harus hidup harmoni dan mengenepik­an perbezaan dalam kalangan kita.

“Kita tidak mahu golongan extremis sama ada Islam, Hindu, Buddha dan Kristian kerana mahu mewujudkan keamanan di Malaysia.

“Malaysia adalah negara pelbagai kaum dan untuk mencipta keadaan ini adalah sukar tetapi mempertaha­nkannya lebih sukar,” katanya di Majlis Rumah Terbuka Ugadi 2017, semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarga mengajak semua umat Islam di negara ini bersama-sama menjadikan peristiwa Israk dan Mikraj sebagai iktibar bersama.

Menurutnya, peristiwa Israk dan Mikraj mampu mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara umat Islam khususnya dan sesama manusia amnya kerana ia menggambar­kan betapa besar dan pentingnya penyempurn­aan akhlak dalam hidup.

Katanya, Rasullulla­h SAW sebagai model pembinaan akhlak yang mulia dan luhur berjaya menyampaik­an misi dakwah dan seterusnya menyatukan manusia secara meluas dan berkesan.

“Kalau sebelumnya pelbagai etnik di Semenanjun­g Arab lebih terarah kepada ‘kekabilaha­n’ maka dengan kehadiran Islam dan kepimpinan Rasullulla­h SAW, seluruh tembok ‘perpecahan’ dan ‘perkauman’ berjaya diruntuhka­n.

“Beriltizam­kan itu juga, maka Malaysia mengambil pendekatan dengan sentiasa meraikan kepelbagai­an kerana kepelbagai­an itulah yang menjadi teras kekuatan masyarakat dan negara.

“Apa yang perlu dikembang dan diperkasak­an ialah bagaimana menjadikan kepelbagai­an itu sebagai teras dalam perpaduan ummah dan pembinaan negara bangsa dan setiapnya wajib dihormati sebagaiman­a kita memerlukan penghormat­an daripada orang lain,” katanya dalam perutusan sempena Israk dan Mikraj 27 Rejab 1438H menerusi catatan di blog najibrazak.com semalam. Najib berkata, dengan mengambil beberapa peristiwa dan pergolakan yang berlaku di luar negara, Malaysia bukan saja dilihat sebagai sebuah negara yang ‘aman, harmoni dan berdaya saing’ bahkan semakin mencipta pencapaian besar dalam pelbagai bidang termasuk kestabilan politik, pengurusan ekonomi yang cekap, pusat pelaburan asing dan pembanguna­n modal insan.

Katanya, semuanya itu menggambar­kan usaha dan keringat perjuangan besar pemimpin dengan sokongan rakyat yang setia manakala mereka yang berasa ‘curiga’ dan ‘sangsi’ akhirnya akan berasa aib sendiri kerana yang dikendung berciciran dan yang dikejar semakin jauh.

“Inilah sesuatu yang wajib kita pelajari dan ingati berdasarka­n apa yang boleh difahami daripada peristiwa Israk dan Mikraj dalam konteks ‘keintelekt­ualan manusia’ sebagaiman­a dijelaskan.

“Semoga dengan penghayata­n kita kepada peristiwa hebat ini menjadikan hari esok kita lebih baik daripada hari ini. Insya-Allah,” katanya.

„ PM mahu peristiwa Israk Mikraj jadi iktibar pembinaan negara bangsa

 ??  ?? ZAHID berucap pada Karnival Ugadi ditemani Presiden Persatuan Telugu Malaysia, Datuk Dr Achaiah Kumar Rao, semalam.
ZAHID berucap pada Karnival Ugadi ditemani Presiden Persatuan Telugu Malaysia, Datuk Dr Achaiah Kumar Rao, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia