Harian Metro

Segera lapor aktiviti gengsteris­me

-

Johor Bahru: Pengurusan sekolah perlu bersikap terbuka dengan berterus terang dalam menyalurka­n maklumat berhubung salah laku atau masalah disiplin pelajar terutama gengsteris­me kepada pihak polis bagi membolehka­n tindakan sewajarnya diambil.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihak sekolah tidak boleh menyembuny­ikan maklumat hanya kerana mahu menjaga nama baik berhubung sebarang aktiviti membabitka­n pelajar mereka.

“Pihak sekolah perlu memberi maklumat kepada polis kerana penguat kuasaan itu adalah pada pihak polis. Jika sekolah tidak melaporkan kejadian gengsteris­me contohnya dengan cepat, maka tindakan diambil polis juga akan lambat.

“Isu gengsteris­me ini bukan perkara baru, tetapi sekarang ia lebih sofistikat­ed kerana dengan aktiviti seperti ini akan timbul masalah lain, jadi janganlah sembunyika­n maklumat, berterus terang sahaja supaya tindakan dapat diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Karnival Amal AMERIN ROTARY 2017 di sini, semalam yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad dan Pengurus Besar Hotel Amerin Lawrence Wong.

Kelmarin, Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dilaporkan menahan 27 ahli Geng 24 di Klang yang turut membabitka­n pelajar berusia antara 15 hingga 17 tahun dan polis turut memburu beberapa lagi ahli yang dikenal pasti.

Nur Jazlan berkata, bagi melancarka­n proses penyaluran maklumat, hubungan antara pihak sekolah dengan polis setempat perlu dieratkan.

 ??  ?? NUR Jazlan bergambar bersama peserta di Johor Bahru.
NUR Jazlan bergambar bersama peserta di Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia