Harian Metro

Ilmu urus perniagaan

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

Simposium Usahawan anjuran Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang diadakan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 di Dataran Temerloh, di sini, mampu memberikan pendedahan menguruska­n perniagaan dalam era digital kepada penduduk di negeri ini.

Program menampilka­n barisan ahli panel dan tokoh usahawan tanah air itu turut memberi peluang kepada peserta berinterak­si melalui sesi soal jawab selain menjalinka­n rangkaian perniagaan antara usahawan.

Lebih 500 peserta terdiri daripada usahawan Bumiputera dan bukan Bumiputera menyertai simposium anjuran Malaysian Industrial Developmen­t Finance Berhad (MIDF), semalam.

Usahawan yang juga pembekal mesin pencetak dan alat ganti Mohd Sabri Osman, 53, dari Sungai Isap Perdana, Kuantan berkata, program keusahawan­an itu secara tidak langsung dapat memperluas­kan kaedah menarik pelanggan menerusi laman sesawang syarikatny­a yang membekalka­n mesin pencetak dan alat ganti.

“Melalui perkongsia­n pengalaman daripada ahli panel, sedikit sebanyak saya mendapat idea bagaimana meluaskan sasaran pasaran perniagaan yang dijalankan.

“Sebelum ini, saya menawarkan perkhidmat­an perniagaan untuk agensi, syarikat dan sekolah sahaja, tetapi mungkin selepas ini saya akan memperluas­kan lagi sasaran pelanggan,” katanya yang mempunyai cawangan di Taman Cengal, di sini.

Ahli panel terdiri daripada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, Ketua Eksekutif Malaysian Global Inovation and Creativity Centre (MaGIC) Ashran Ghazi, Pengarah Urusan Klinik Syed Badaruddin Sdn Bhd Dr Syed Badaruddin Syed Ali, Pengasas Azhar Buang Enterprise Coach Azhar Buang dan Pengarah Eksekutif The Lorry Online Sdn Bhd Nadhir Ashafiq Zainal Abidin serta Ketua Kewangan Pembanguna­n MIDF Azizi Mustafa.

Program kali kedua diadakan di negeri ini mendapat maklum balas positif daripada peserta yang terdiri daripada usahawan tempatan dan orang ramai

„

 ??  ?? ORANG ramai mengunjung­i bilik pameran Takaful Ikhlas Berhad di MSAM 2017 Dataran Temerloh.
ORANG ramai mengunjung­i bilik pameran Takaful Ikhlas Berhad di MSAM 2017 Dataran Temerloh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia