Harian Metro

Kekalahan Ahok tak jejas populariti Jokowi

-

prestasi Ahok sepanjang menjadi gabenor.

Satu lagi faktor lebih berarus politik - pengundi yang bersekutu dengan parti-parti politik dalam kerajaan campuran Jokowi tidak memilih Ahok yang juga orang kuat presiden itu.

Sebelum dilantik menjadi presiden pada 2014, Jokowi adalah Gabenor Jakarta dengan Ahok sebagai Naib Gabenor. Sebagai pemimpin Indonesia pertama yang bukan berlatarbe­lakangkan politik atau tentera, Jokowi bergantung kepada parti campuran di Parlimen untuk melaksanak­an program pembaharua­nnya.

Penyokong Parti Persatuan Pembanguna­n (PPP) dan Parti Kebangkita­n Bangsa (PKB) - dua parti Islam dalam kerajaan - rata-rata mengundi Anies walaupun parti mereka secara rasmi menyokong Ahok. Cuma 29 peratus penyokong PKB dan 11 peratus daripada PPP yang mengundi Ahok.

Namun lebih diburukkan lagi apabila penyokong dua parti utama dalam kerajaan campuranny­a - Hanura dan Golkar - yang kononnya menyokong Ahok, namun cuma 38 peratus penyokong Hanura mengundiny­a manakala enam daripada 10 penyokong Golkar - parti kedua terbesar Indonesia mengundi calon itu.

Ahok sebelum ini popular hasil polisinya yang antara lain menyasarka­n infrastruk­tur dan menangani masalah banjir serta rasuah. Malangnya, semua itu berubah selepas dia dituduh menghina al-Quran pada Oktober lalu yang turut melihatnya didakwa kerana menghina Islam.

Lebih seminggu lalu, peninjau pendapat awam SMRC mendapati 76 peratus berpuas hati dengan prestasi Ahok sebagai gabenor manakala 48 peratus berkata mahu mengundiny­a.

Ada yang menganggap perbezaan antara kadar prestasi Ahok dengan sokongan pengundi mungkin disebabkan pandangan bahawa orang Islam tidak patut menyokong calon Kristian.

Apapun keputusan pilihan raya gabenor ini, ia tidak menjejaska­n populariti Jokowi. Bak kata kumpulan rundingan

Eurasia Group: “Pilihan raya itu bukan penolakan terhadap Jokowi atau polisinya, sebaliknya faktor lain yang mempengaru­hi keadaan.” - Reuters

 ??  ?? AHOK (dua dari kiri) ketika berkempen pada Pilihanray­a Gebenor Jakarta, baru-baru ini.
AHOK (dua dari kiri) ketika berkempen pada Pilihanray­a Gebenor Jakarta, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia