Harian Metro

Atur program hari jadi

- Siti A'isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Raikan sambutan hari lahir bersama penduduk, pada masa sama mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi rakyat.

Itu kelainan pendekatan dilaksanak­an Parlimen Putrajaya dalam merapatkan diri bersama 80,000 masyarakat setempat yang tinggal di Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n, di sini.

Pegawai Tugas Khas Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Shokri Shafee berkata, idea mengadakan sambutan hari jadi penduduk itu dicetuskan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen Putrajaya.

“Majlis ini diadakan sejak lapan tahun lalu dan ia diadakan mengikut fasa perumahan penduduk meliputi semua 18 Presint kecuali Presint 1 (menempatka­n pejabat kerajaan) dan Presint 20.

“Setiap kali sambutan diadakan, beliau meraikan semua penduduk yang lahir bermula Januari hingga Disember, malah beliau (Tengku Adnan) yang juga dikenali sebagai Ketua Kampung dalam kalangan penduduk akan turut serta bersama masyarakat,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama, Shokri berkata, sepanjang majlis sambutan itu, pelbagai aktiviti membabitka­n penduduk turut diadakan dan matlamat utama mahu bertemu dan mendengar nadi rakyat.

“Tidak hanya menyambut hari lahir, kita mengadakan

„ ‘Ketua Kampung’ anjur majlis hari jadi sambil dengar masalah dihadapi penduduk Putrajaya

dialog bersama penduduk di Putrajaya dan mereka boleh meluahkan apa saja serta menyampaik­an sendiri kepada beliau.

“Menerusi pendekatan sebegini, kita bukan saja merapatkan lagi hubungan dengan penduduk, malah dapat menyelesai­kan masalah diutarakan mereka kepada kami,” katanya.

Katanya, ada daripada isu dan masalah yang diadukan boleh diselesaik­an terus pada majlis berkenaan, tetapi ada juga perkara yang dibawa berbincang untuk ke peringkat seterusnya.

Malah, beliau berkata, sepanjang penganjura­n acara berkenaan, turut dijemput agensi lain misalnya Perbadanan Putrajaya (PPj), Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bersama penduduk dan mendengar keluhan mereka.

 ??  ?? TENGKU Adnan menyuapkan makanan kepada seorang kanak-kanak dalam majlis meraikan sambutan hari lahir bersama penduduk Putrajaya.
TENGKU Adnan menyuapkan makanan kepada seorang kanak-kanak dalam majlis meraikan sambutan hari lahir bersama penduduk Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia