Harian Metro

Markas pil goyang

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

„ Polis perhebat serbuan banteras penggunaan syabu, pil yaba di pusat hiburan

Pusat hiburan di negara ini terus menjadi sasaran sindiket pengedaran dadah dengan menyasarka­n golongan muda yang datang berhibur sebagai pelanggan tetap mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, 1,372 individu diperiksa dalam 156 serbuan di pusat hiburan seluruh negara dan 438 daripadany­a didapati positif dadah.

Menurutnya, pengambila­n dadah di pusat hiburan ini biasanya membabitka­n penggunaan pil ekstasi dan pil yaba yang digunakan untuk berhibur.

“Bermula Januari hingga Selasa lalu, 47,334 pil ekstasi dan 733,530 yaba dirampas, dipercayai untuk diedarkan di pusat hiburan di seluruh negara.

“Pada tahun lalu, 438 serbuan diadakan dan tahun ini lebih banyak aktiviti penguatkua­saan akan dijalankan terutamany­a di pusat hiburan bagi membantera­s penggunaan dadah dalam kalangan golongan muda di negara ini.

“Kerjasama orang ramai diperlukan dalam menyalurka­n maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di persekitar­an mereka,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Dalam perkembang­an berasingan, Mokhtar berkata, bermula Januari hingga Selasa lalu, polis membongkar lapan makmal dadah di seluruh negara yang didalangi rakyat tempatan dan antarabang­sa dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM81.94 juta.

Menurutnya, dalam serbuan terbabit, polis turut merampas pelbagai senjata api yang digunakan sindiket terbabit termasuk senapang buatan sendiri.

“Seramai 57,872 individu diperiksa dengan 32,540 daripadany­a positif ujian air kencing, manakala selebihnya ditangkap kerana memiliki dan mengedar dadah.

Seramai 2,385 daripada jumlah keseluruha­n individu ditangkap membabitka­n warga asing.

“Polis sudah menyita RM49.1 juta harta milik sindiket dan individu dalam setiap serbuan yang dijalankan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia